Anda tau tak apa yang saya rasa sekarang?

Saya rasa macam nak kahwin!

HAHA.πŸ˜€ Okay.. salah Yusri and Lisa sebab for their video. Salahkan orang yang post video diorang kat wall fb. Masa siar kat tv, saya tak terfikir nak tengok pun. They look so loving couple that macam nak mengajak semua pergi kahwin sekarang jugak.Terus saya pun dah fikir nak kahwin.

Tapi kemudian cepat-cepat saya istighfar. Oh dah tentulah apa yang mereka buat dan tunjuk tu, banyak salah dari betulnya. Jadi saya pun macam berdosa pula sebab suka perkara-perkara macam tu. Eh. Saya bukan bercakap pasal kahwin tu. Suka kahwin tu takpe, itu sunnah nabi. Saya bercakap tentang apa yang mereka lakukan dalam video tu.

~Dan salahkan jugak Mari Chan, sebab asyik bangkitkan issue kahwin masa chatting. Huhu.

Yang sebenarnya, saya dah rasa sunyi sangat dekat sini. Boring dowh.. sorang pun team saya tak turun. Yang ada pun Rajah, which is now saya dah rasa kurang ‘masuk’ dengan dia. Sejak-sejak dia jadi Application Manager nih, saya rasa otak kitorang dah macam tak sync dah. Except about work. So, I felt so boring..

Anyway, berbalik bab kahwin ni, I don’t know whether I desperately need to get marriage or what. Tapi kalau orang buka topik tu, cam seronok jugaklah nak join. ~Padahal banyak merapu je dari cakap benda betul.

Tapi kalau fikir benda ni lama-lama, sebenarnya ia lebih menambah stress je. Ni bukan benda mudah-mudah.

Orang lelaki selalu cakap, susah nak paham fikiran perempuan. Too complicated. The thing is, kitorang pun macam susah je nak memahami fikiran dan requirement lelaki sekarang. Apa yang mereka cari pada seorang perempuan? Kalau based on blog-blog orang yang saya view, dah sah-sah la first requirement nak perempuan yang cantik.

Dulu, saya selalu dengar kawan-kawan lelaki saya cakap, kalau nak cari, cari perempuan yang low maintenance. Tapi sekarang ni saya rasa lelaki cam tak kisah dah. Sebab cantik tu memerlukan maintenance yang tinggi. Mana nak cari tudung macam hana tajima, yuna, lilit sana sini. Belum lagi contact lense yang berwarna warni dan buat mata jadi besar dan bersinar. Make up lagi. Set penjagaan kulit lagi supaya kulit putih mulus tiada kesan jeragat, jerawat dan penuaan. Pendek kata, asal kan cantik bergaya lah.

Jadi, mana requirement perempuan yang solehah? Mungkin mereka berasa solehah perempuan tu boleh dibentuk lepas kahwin kot. Mungkin jugak. Lagipun nak require solehah cemaner, kalau sendiri pun tak soleh, kan? Jadi sama-sama lah berusaha jadi lebih baik lepas kahwin nanti.

Dan lain-lain requirement yang common dulu-dulu macam dah tak berapa dipedulikan lagi sekarang. Ataupun bukan mandatory requirement. Contohnya, macam pandai memasak ke, lemak lembut ke, bersuara lunak ke, pandai menguruskan rumah ke. ~part yang ni macam lega lah skit dengar. Kekekek..πŸ˜€ Nampak sangat tak pandai serba serbi.

Tapi adakah lagi requirement spec yang saya tak tahu? Wah dah macam tengah buat gap analysis system plak. Seriously, macam tak paham je. Mungkin cinta kot. Cinta tu penting kot untuk lelaki zaman sekarang?

Anyway, dari keseluruhan list kat atas tadi, satu pun saya tak termasuk dalam spec, kecuali part tak pandai tak pandai tuh. Tak cantik, tak bergaya, tak pandai masak, tak lemah lembut dan macam-macam tak pandai lah. So cemaner la nak kahwin kan? Mana ada lelaki suka perempuan macam saya kan? Macamana la nak masuk ke dunia tu kalau saya sendiri tak paham dengan requirement-nya.

Kan saya dah cakap, fikir lama-lama pun boleh jadi stress jugak. Takpelah, until the day come, I’m planning to remain myself, to be happy and busy.πŸ˜‰

Until then..

Regards,

~Ha~