Ye.. anda baca betul. Itulah lokasi saya sekarang. Oh.. kepada yang tak tahu, kalau anda nak tahu lokasi saya semasa menulis entri, lihat tajuk entri saya. ~Oh please.. siapa yang tak tahu.. tak cukup tajuk, kat dalam entri pun kau cerita jugak. Oh ye? HEHE😀.

Anyway, saya di Temerloh, dihantar oleh Encik Boss, dengan hanya bersandarkan arahan melalui SMS, yang saya dapat pada pagi / tengahari Ahad. Seperti yang saya katakan kepada kawan saya, saya ini kan pos laju, petik je nama, terus sampai kat tempat tu. Itu adalah reply kepada soalan-soalan mereka seperti, “eh kau kat sana?”, “bile masa plak kau pergi sana?” “why, why u r there???” okay.. tu eksperesi exaggerate je. Yang sebenarnya, mereka sendiri pun tak dapat nak teka saya di mana. Jangan kata mereka, saya sendiri pun tak dapat meramal di mana saya akan bekerja next week.

Walaupun hari ni saya di sini sendirian, dan mungkin hari-hari yang mendatang selama seminggu ini saya sendirian juga, tapi saya cuba nak menghiburkan hati sendiri. Saya kan mahu berubah. Katakan tidak pada emosi yang melampau! HAHA.😀 Walaupun sebagai manusia biasa, selain dari masalah kerja ni, saya juga ada banyaaakkkk sangat masalah lain. Contohnya duit! HEHE. Kalau anda sudi belanja saya makan selama sebulan ni.. anda telah berjaya menyelesaikan sebahagian dari masalah saya, dan saya akan menjadi orang yang paling bersyukur. Ngeh ngeh ngeh…

Okay, saya banyak merepek.

2-3 minggu ni saya tak update pun sebarang aktiviti. Padahal banyak saja aktiviti yang dibuat. Jadi mari kita buat quick update.

~alamak.. lupa plak aktiviti.. nak g check fb jap.

Okay.. I should start with 3 weeks ago..

Camping at Chilling

11 Feb 2012 (Saturday)

Plan asal adalah nak naik Bukit Kutu, tapi kalau takde orang lain berjanji dengan kitorang, memang harapan la nak punctual semua orang. Tapi kalau janji dengan group lain, dan-dan kitorang semua punctual gila.

So plan panjat Bukit Kutu cancel, terus masuk air terjun Chilling. Trekking lebih kurang dalam setengah jam, merentas lebih kurang 6 anak sungai. Ni acara santai je, so takde la penat pun. Okay, sebab ini cerita 3 minggu lepas, dah tak ingat dah sangat details. Layan gambar la.

dah sampai empangan.. layan gambar dulu..

layan blues..

tapi kengkadang nampak cam ada niat tersembunyi je..

welcome to chilling.. kata duta2 sungai chilling..

memberi pose istimewa atas jambatan..

bukan boleh duduk rapat2.. sekejap je dh nk begaduh..

merentas sungai..

Air terjun.. yg ni common punya.. ramai orang dtg mandi2 sini..

tp ade org ckp ade lagi kat atas.. so kitorang panjat lagi..

mmg terbaik.. tp ngeri siut..

eh? tiba2 gambar mknn.. gambar khemah takde.. ehehe.. ni dinner kitorang.. spegeti, nasi, ayam BBQ, kambing BBQ n paling penting.. sambal kicap limau..

acara camping tamat.. packing. Next activity please..

White Water Rafting at Kuala Kubu Baru

12 Feb 2012 (Sunday)

I could say it was soo fun! It mixed up with everything. The activity, the adrenalin, meeting old fren, the view.. although I might say it less scary compare to Padas River WWR. Okay.. banyak gambar ni.. jadi takyah citer banyak lah!

acara start dgn dgr briefing.. eh? ade org mkn kuku.. euww😛

sudah masuk air..

the raft..

next raft..

dan ada yg terjatuh jugak.. it's not easy as it seem..

the team..

the Team lagi..

giliran gadis2 pulak meroyan..

ni nama dia sawan terbang..

gambar happy.. tp adegan sebelum sbnrnya.. (lihat bawah)

ade org kena tolak dgn guide dlm air..

one pin-up pose please..

last but not least.. gambar wajib!!

Uish.. banyak betul gambar.. terus rasa tak jadi nak update banyak-banyak aktiviti. Kita update seminggu punya aktiviti dulu lah ye.. Next entri la kita cerita the next week punya aktiviti.

Anyway, thanks to Mari Chan and Amirul for the pictures. Best btul la gambar diorg ni. Tambah2 Mari Chan, siap tolong edit2 lagi..

Until then, daaa..

Regards,

~Ha~