18 February (Saturday)

Last 2 weeks, we went to Damai Rock Climbing, nearest to Batu Cave. Sebenarnya, based on experience Takun hari tu.. saya memang berasa sangat cuak dengan acara panjat-panjat batu tinggi nih. Ia sangat berlainan dengan panjat gunung, sebab kalau panjat gunung, saya sebenarnya masih lagi stand on the ground yang boleh di katakan luas jugalah tanahnya. Tapi kalau memanjat batu nih, uish.. memang macam bertarung nyawa saja layaknya.

~bertarung nyawa? Padahal, ada tali n belayer bagai jaga kau dari jatuh. Dasar manusia gayat! Huhu..

Tapi sayang juga kalau tak try. Semua orang pun cuba kan. Kalau semua orang boleh, kenapa pulak saya tak boleh kan. Paling-paling tak, saya cubalah route paling rendah kan?

~Itu dia, manusia ni memang macam ni. Ketakutan, fikiran dan tindakan memang selalu tak seiring.. iskh iskh iskh..

Sepatutnya kami perlu sampai sana pukul 8 pagi. Tapi, banyak sangat nak pick up orang. Saya pulak orang terakhir. Lepas ambil semua orang, nak sarapan pulak dulu. Last2 dekat pukul 10 baru sampai kot. Tak ingat pulak nak tengok jam.

Sampai-sampai, ada orang main parachute. Walaupun rendah je sebenarnya, tapi dah gayat sangat saya rasa. Imiginasi pun dah jadi melampau. Bayangkan la kalau diorang terlambat tarik payung tu. Takpun, payung tu rosak je.. mau jatuh pecah kepala.. hissshhhh…

Seperti biasa, orang gayat akan naik paling lambat. HEHE.😀 Tapi Alhamdulillah berjaya naik dan turun dengan jayanya. Walaupun ada kejadian rare. Dan kejadian kena marah sebab kejadian rare tu. Huhu. Nasib lah, benda nak jadi. Usah diungkit perkara yang lepas kan.😉

So.. sila lihat gambar. Eh. Mana ada gambar. Saya bukan ada camera. Okay mari pergi curi gambar Mira..

sebelum start.. briefing dulu.. suara dia ya amat la slownya.. tapi kalo jadi belayer.. terbaek!! I wish I get him as my belayer..

contoh climber hebat..

kasut dia ni mcm ade sayap.. laju je sampai atas...

yang tgh tu owner karat adventure (kedai outdoor).. barang2 dia agak murah jugak..

muka cuak dan control..

naik..

turun..

fikir fikir.. bleh ke tak naik nih..

oh Alhamdulillah.. boleh rupanya..

Okay.. cukuplah tu. Muntah plak kot tengok gambar banyak sangat.

~uish.. suara Melani contestant X Factor nih dasyat betul. Seram sejuk.. berdiri bulu roma aku dengar.. sambil bat blog ni.. sambil tengok X-Factor..

Regards,

~Ha~