Okay.. saya nak update cepat-cepat. Dah mengantuk nih!

Ingat tak azam saya minggu lepas, saya nak control perasaan marah saya. Okay.. memang way too far nak berjaya lah. Tapi usaha tu dah ada. So dah ada sedikit progress. Walaupun saya percaya takda siapa pun kawan saya yang perasan! (T_T) Takpe.. usaha yang berterusan akan membuahkan hasil. Mesti yakin diri!

Percayalah, ia adalah sesuatu yang sangat susah nak kawal marah. Nak nak ada pulak tukar bakar kat sebelah. Silap-silap tukang bakar tu yang terbakar.Ā  Kekeke..šŸ˜€ Tapi saya cuba jugalah. So benda pertama yang saya patut buat adalah belajar diam. Ye.. saya hanya perlu diam saja. Tak perlu nak buat banyak benda. Diam saja. Nampak senang kan? Haaa.. cuba lah tengok! Tak senang kawan-kawan…

Dalam hati tak payah cakap la. Bergolak semacam. Kadang-kadang rasa nak pitam bila saya dah geram. Nak-nak pulak jenis-jenis saya yang petah berkata-kata nih! HEHE..šŸ˜€ Memang. Jangan trigger saya. Saya dengan pantas mampu mengeluarkan ayat-ayat sedap lagi kejam. Itu memang specialty saya. Huhuu..

Jadi, saya rasa patut cuba belajar untuk diam. Kita mungkin tak mampu dan padam terus rasa marah tu, tapi mungkin kita boleh simpan dulu rasa tu. Lagipun kita semua tahu, bila marah, kita akan jadi kurang rational, dan kita mula bertindak mengikut perasaan. Dan bercakap sesedap rasa. Okay.. saya sebenarnya cakap tentang diri saya. Mungkin ramai orang tak macam ni. Segelintir saja. Saya adalah salah sorang darinya.

Okaylah.. sampai sini dulu. Jadi.. kawan-kawan, kalau tengok saya tengah diam tu, harap faham. Walaupun kadang-kadang sebenarnya ada juga sebab lain. Contohnya macam Ahad lepas. Yang tu sebab lain, bukan sebab tengah marah. Kekekek..šŸ˜€

Eh.. bukan dah cakap sampai sini dulu ke tadi. Macam panjang pulak ayat penutup dia.

Until then.. daa..

Regards,

~Ha~