Tenggelam timbul betul penulis blog ni. Sekali muncul, lepas tu hilanggg. 2 minggu lagi baru muncul pulak. Huhuhu. Maafkan saya. Kadang-kadang, memang betul saya sangat sibuk. Sibuk dengan urusan kerja. Kerja macam company ni saya yang punya. Tapi, kadang-kadang tu, sebenarnya tak la sibuk sangat pun. Ada je masa kalau nak tulis. Tapi idea dan mood pulak tak ada. Nanti saya tulis secara huru hara, anda semua pulak yang jiwa kacau!

Anyway, kali ni saya di Cheras. Yaa.. ini bukan tempat permainan biasa saya. Ini adalah pertama kali saya dihantar bekerja di sini. Sekali hantar, sampai 2 minggu diorang suruh saya duduk sini. Padahal, baru demo je. Saya tak tahu la apa nasib dengan projek-projek lain yang tengah on going tu. Saya pun kadang-kadang tak paham dengan company ni. Mungkin masalah dia sebab terlalu banyak bosses. Orang yang nak buat kerjanya, yang tu yang tu jelah. Adeh!

Anda perasan tak sesuatu? Alah.. pasal entri kali ni lah! Apa? Tak perasan? Cuba teliti betul-betul? Tak? Baiklah.. pergi close IE atau mozilla anda sekarang! Yang itu pun tak perasan… (*_*)

HAHA. Tak tak. Tak perasan pun takpe. Tak perlu sampai nak close blog ni. Saya gurau je. Anda perasan tak saya tengah bercakap aka menulis dengan penuh kesopanan nih? Tak? Oh mungkin pasal takde sound. Kalau anda dengar intonasi suara saya, mungkin anda bukan sahaja perasan malah kagum pula. Eh. Dah macam nak tulis buku pulak ayat tadi. ~Ape la kau merepek ni Ha!~

Okay.. yang sebenarnya, saya cuba membuat sedikit resolusi dalam diri saya. ~Apsal bila jadi baik je, terus ayat jadi skema plak~ Untuk memperbaiki diri, kita kenalah kan muhasabah diri. Kalau saya dah mula rasa diri best, itu adalah titik saya sudah menjadi tidak best!

Anyway, macam Mari Chan, Pae, Jaiz, Along dan kawan-kawan saya yang lain, atau manusia-manusia yang lain, saya pun ada kelemahan diri yang saya sangat teringin nak baiki. ~HAHA.. tetap nak kaitkan orang lain sebelum reveal diri sendiri.~ Itu normal! Tapi tak normal kalau kita buat tak tahu, dan lepas tu perangai tu macam makin menjadi-jadi pulak. Huhuhu.

Jadi saya macam ada satu cita-cita. Cita-cita ni nampak sangat kecik. Tak ada impak pun pada pencemaran ataupun keseimbangan ekosistem dunia. Kalau ada pun, mungkin sangat kecil. Macam dalam 0.0000000000000000000001% peratus je kot. Tapi saya rasa impak dia sangat besar pada kehidupan hidupan di sekeliling saya. Terutamanya, pada Pyan! HAHAH. Kawan-kawan saya, anda curious tak apa yang saya cita-citakan?? Mari Chan mungkin dah dapat agak kot.

Sebelum saya merepek dengan lebih jauh lagi, marilah saya terus ke point yang sebenar, sebelum korang semua tertidur sebelum sempat baca point yang saya nak cakap ni.

Saya sebenarnya berhasrat nak kawal perasaan marah saya ni. Itu je. Bukan lah besar atau major sangat cita-cita saya. Tak memberi kesan pada ekonomi Malaysia atau dunia pun! ( -_-“) Tapi saya rasa besar impak dia kalau saya nak mencari keredhaan Allah. Kan? Saya ni manusia banyak khilaf. Amalan yang wajib pun saya rasa ada masalah. Yang sunat lagi la tak payah cerita. Dosa pun banyak buat. Tetiba, tambah lagi satu perangai buruk suka marah-marah orang, kan? Macam mana la Allah nak redha dengan saya, kan..?? *tetiba mood jadi sedih*

Jadi saya pun nak cuba lah kawal marah saya. Saya tahu ini bukan kerja senang. Dengan kehidupan kerja yang menekan ni, tambah dengan hidup kat KL yang semua nak cepat, rasanya, ia cabaran besar buat saya. Mesti boleh tergelincir punya. Jadi kawan-kawan, jangan expect saya terus jadi malaikat tau. Bantu saya tau! Ingatkan saya..

Dan, specimen uji kaji saya adalah Pyan. Eh. Beliau adalah specimen? HEHE. Kalau saya sampai berjaya tak emosi lagi dengan beliau, maka, mungkin cabaran saya sudah berjaya. Saya kata mungkin saja. Sebab bukan Pyan saja boleh trigger kemarahan saya. Tapi sebelum apa-apa, saya nak ucap tahniah la kepada Pyan, sebab lepas ni mungkin saya tak emosi dengan dia lagi.😉 Dan Pae dan Jaiz tentu gembira dengan berita ini. Mari Chan? Saya tak pasti tentang beliau. Beliau juga memiliki emosi yang agak huru hara, walaupun kurang kritikal kalau nak dibandingkan dengan saya. HAHA.😀

Baiklah. Sampai sini dulu.

Bersama menghindar gejala Gadis Emosi. HAHA

Regards,

~Ha~