Tags

, ,

Chinese New Year kali ni telah mencabar diri sendiri membuat aktiviti yang tak pernah terfikir saya akan join. Walaweh.. dia punya nervous memang toksah cerita la. Memang dah ade terfikir la nak melarikan diri sebenarnya malam Jumaat tu.

Tapi cuma terfikir jelah. Sayang dah bayar duit. So pergilah kami 14 orang dari KL dan seorang dari Kerteh join XPDC Chemerong Berembun.

Jumaat

Bertolak dari Stesen Bas Putra pukul 9 malam. Dari 14 orang tu, 5 orang adalah perempuan, dan yang saya kenal 4 orang je (campur yang datang dari Kerteh tu). Jadi memang senyap skit la. Dah la cuak dengan jalan nak ke sana nih. Memang la banyak kali pegi, tapi memang kurang berkeyakinan betul kalau naik bas nih. Uh uh uh…

Sabtu

Sampai pukul 3 pagi. Tunggu kenderaan kat stesen Petronas sampai pukul 5. Kawan kitorang yang dari Kerteh tu pun sampai. Tunggu lagi sampai hari cerah baru gerak masuk hutan.

Bila nak masuk, hah muka terus cuak pucat lesi. Dalam hati tatau la berapa banyak doa dah baca. Mintak lindung dari macam-macam benda. Dan paling penting tak menyusahkan orang. Debar di hati memang tak cerita la, rasa cam sebatu orang boleh dengar. Rasa jelah..

Jalan punya jalan.. ade la pancit skit-skit. Tapi baru warm up, jadi masih dalam keadaan terkawal lagi la. Dalam lebih kurang 1 jam jalan kot, jumpa Air Terjun Chemerung, air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Subhanallah, memang cantik!

Kemudian jalan lagi. Kali memang lagi dasyat. Trail semuanya mencanak gila. Waaa.. memang nak menangis. HAHA. Okay.. masih belum menangis, tapi memang dah start tertinggal kat belakang. Bersusah payah convince budak-budak lelaki ni tak payah tunggu, tapi memang harapan la. Yelah saya tau memang bahaya tertinggal kat belakang berdua, perempuan je pulak tu, tapi mungkin sebab dah biasa jalan sendiri-sendiri sebelum ni. Pressure bila tau orang menunggu kita kat belakang tu lagi saya tak tahan.

Setelah berjam-jam jalan naik bukit, akhirnya sampai kem balak untuk lunch. Masa tu dah pukul 2 lebih. Masa ni, saya dah tak peduli pasal makan, hati kira nak main air je. Wahaha.. air air.. Best wei mandi air sungai!

Kem Balak

Lepas lunch, tracking lagi sampai Kem Y. Time ni sejuk gila sebab hujan, dan banyak gila pacat. Tapi track a bit relax skit.

Sampai-sampai Kem Y, saya jatuh dalam lubang. HAHA. Apa malang tah! Saya lalu je tempat tu, terus tanah dia mendap. Kelam kabut bangun. Cuak gak, takut sarang ular. Satu lagi takut orang nampak. Kekeke..πŸ˜€ Reputasi kena jaga beb, ni baru first day.πŸ˜‰

Kem Y

Malam, kitorang bermalam kat sini. Kem sini tak best sangat. Banyak akar jadi asyik tertidur atas akar. Hari pun asyik hujan renyai-renyai je. So macam tak boleh nak tidur malam, sejuk gila!

Ahad

Start tracking pukul 10 lebih. Eh? Cam dah lupa plak kejadian hari ni. …….. Okay dah ingat!

Hari ni plan sepatutnya sampai puncak. Trail tak la sedasyat semalm, tapi still mengah-mengah la gak. Bila dah nak dekat sampai puncak, kawasan dah jadi berlumut dan banyak pokok bonsai. Macam kat Kinabalu kilometer 4.

Bila sampai puncak, kitorang pun melepak la sekejap barang setengah jam. Ade la yang siap buat air dan makan bekalan lempeng yang buat pagi tadi. Lempeng tu saya yang goreng, jadi memang sedap la kan, sampai berebut-rebut diorang habiskan. Kekeke..πŸ˜€ Walaupun orang lain yang bancuh tepung tu. Sebenarnya tu first time tengok orang buat lempeng. Hampeh tak? Dulu-dulu tak amik port pun benda nih. Padahal arwah tok selalu je buat. Ingat nanti breakfast kat umah nak buat lempeng la.

Selepas tu, kitorang pun ke Air Terjun Langsir. Series, memang terbaek la kawasan nih! Cantik dia Subhanallah. Air dia hijau tenang jernih nampak sampai dasar. Nak sampai tempat ni, trail menjunam la pulak. Sampai ada yang injured.

Oleh sebab ada yang injured, fokus dah tak tertumpu kat saya lagi. HEHE. Makanya, saya dapat duduk di depan, dan tak da lelaki disekeliling. Dengan air sungai yang cantik jernih tu, hati mana dapat tahan weh. Last-last campak beg, g terjun mandi sungai. Terbaek lah!!

Dan kawasan camping pun terbaik dalam semua hari. Kawasan kemah best. Kawasan kitorang mandi tersorok dari lelaki. Siap bleh berenang-renang. Cantik some more. Boleh tengok pemandangan dan matahari terbit.

Kem U

Malam ada games dan majlis suai kenal. Baru lah kenal semua orang. Dan semua pun mula la nak tunjuk perangai. HEHE. Bahaya tuh! Tak kenal, semua senyum sopan-sopan je. Dan kenal.. asyik nak mengena orang je kejenya.

Isnin

Bangun pagi-pagi, lepas solat subuh, kitorang g kat kawasan batu dan lapang, nak tengok sunrise. Rasa macam kat Kinabalu plak. Tapi Kinabalu lagi best la.

menunggu sunrise

buat aktiviti pelik sekejap..

matahari muncul..

Hari ni start nak turun gunung. Nama je turun, trail diaΒ  2 kali naik 2 kali turun. Penat memang tak payah cerita la. Ntah macam mana, diorang ni suruh plak saya duduk depan. Bayangkan 14 orang duduk belakang ko menunggu kalau saya berenti berjalan. Suruh potong tak nak potong pulak tu. So push la diri ni jalan jugak-jugak. Masa tu dah mula rasa sakit dada. Rasanya, yang ni la kot paling azab. Akhirnya tah cemaner, kitorang terpecah jadi 3 group. Group depan sekali ikut guide. Group saya tengah-tengah semua perempuan. Group belakang sekali semua lelaki. Baru la rasa bernafas skit.

Sampai Kem Balak (kem last nak camping – camp yang sama masa lunch ari first) tu, nak rasa tak bermaya betul. Rasa nak tertidur pun ada. Pasang khemah, mandi lebih kurang, solat dan lepas tu tidur. Memang dah tak larat gila. Sejuk dia tuhan je yang tau. Gigi asyik berlaga je terketar-ketar. Memang dah rasa nak demam.

Tent mate kejut pukul 6.30 ptg. Bangun jugak la pasal dia asyik cakap tak baik tidur petang. Muka pun dah lain macam kot, sebab ada yang menegur. So lepas dinner, terus makan ubat.

Malam ni takda main games dah. Tapi budak-budak lelaki ni dok main kad. Perempuan ada yang tidur awal, ada yang bersembang-sembang. Masa ni saya dah rasa tekak sakit dah.

Selasa

Kali ni terus turun sampai bawah. Trail okay lah, sebab menurun. Saya kalau menurun, laju kemain lagi. Cee kalau menaik, muka terus macam nak menangis. Kekeke.πŸ˜€

Sampai, kitorang berendam lagi. Kira last call la. Sebenarnya, kitorang rasa, 3 hari ni kitorang tak sakit kaki walaupun tracking sepanjang hari, sebab lepas tu kitorang berendam dalam sungai kot. Betul, tak sakit kaki pun! Padahal minggu lepas saya naik Saga, terus kaki sakit sampai 3 hari. Tu pasal kitorang berendam lagi lepas turun tu.

Lepas tu, kitorang semua buat aktiviti bebas. Apa lagi, main kad jelah kejanya. Sampai kad tu pun dah tak rupa kad dah.

Pukul 6 lebih, gerak keluar dari Hutan Lipur Chemerong, dan tunggu bas kat Bandar Muktafi Billah Shah. Oh.. first time dapat masuk bandar ni. Kalau korang tau bandar ni kat mana, mesti korang pun ada rasa hairan macam saya juga. Dari KT or Kuantan, bandar ni duduk kat tengah-tengah hutan. Bila sampai je kawasan ni, terus kawasan dia jadi grand semacam. Kadang-kadang selalu cakap dengan member, macam pekan orang bunian. Tengah hutan ada bandar macam ni. Tapi tak nampak ramai orang keluar masuk.

Rupa-rupanya, ni termasuk dalam projek KETENGAH. Some more ini bandar di raja. Jadi kerajaan negeri jagalah kawasan ni sebab ni kawasan bersejarah. Sebab tu la nampak cantik semacam. Ni pun kitorang tanya dekat driver yang bawak kitorang dan makcik kedai makan.

Malam, sementara tunggu bas, kitorang main kad lagi. Iskh.. dah macam taik judi pulak. Sebenarnya dah tak tahu apa nak buat. Pukul 11 bas pun sampai.

Rabu

Alhamdulillah, jalan tak jem sangat, so pukul 4 dah sampai KL. Tidur kejap kan Hentian Putra, lepas subuh, terus gerak balik and terus siap g keje. Memang gigih. Sempat basuh baju and sidai baju camping tu lagi.

Masa rabu tu macam okay lah keadaan. Tak mengantuk, cuma macam nano-nano skit je.

Hari ni? Saya sudah rasa mau demam. Adeh! Balik tadi, terus tidur, bangun untuk solat maghrib dan isyak je, lepas tu sambung tidur balik. Penat badan, campur dengan sejuk aircond hospital, badan terus rasa seram sejuk. Ni baru bangun pukul 12.30 tadi, makan skit sebab nak makan ubat.

Tak boleh mc la nampaknya, sebab esok ada training lagi!

~creadit gambat to Aini.. saya takde gambar pun, hp takde bateri.

Regards,

~Ha~

-saya yang tak sihat-