Aktiviti blogging nampaknya dah tak serancak dulu. Kalau dulu (definisi dulu = 2-3 tahun lepas), boleh kata hari-hari nak update. Marah update. Bengang update. Sedih update. Blur update. Happy? lagi lah nak update.

Sekarang? Jadilah perkara macam-macam pun, cerita skit-skit je. Kadang-kadang tak cerita pun. Siap boleh terlupa pulak. HAHA.πŸ˜€ Adat lah manusia. Benda baru memang excited. Dah lama-lama, endah tak endah je. Iskh iskh iskh..

Projek Bilik

Ntah brapa bulan la projek ni nak ambil masa. Sedih betul! Tapi kita cuba jugak lah yang mana terdaya.

Tadi survey tilam dan kerusi. Saya memerlukan 2 biji tilam single (eh? penjodoh bilangan tilam tu biji ke? ke bidang? uh uh uh.. ). Sebab katil saya yang seperti transformer boleh jadi katil single boleh jadi katil queen tu memerlukan tilam tersebut. Jadi requirement-nya harus lah sedap nak tidur dan nipis saja. Sebab kalau katil saya jadi single, saya akan tindan 2 tilam tersebut. Kalau tebal, harus jadi tinggi katil tu.

Kemudian, saya memerlukan sebiji kerusi untuk meja study. Meja study tak payah beli, ada orang baik hati nak bagi. Tapi kerusi takda lagi. Jadi ia perlu dicari. Dah jumpa.. kedai dia kat depan rumah saja. Tapi saya ingat nak survey lagi!

2 kotak telah dikemas. Dan sebiji kotak lagi saya telah decide nak buang saja tanpa perlu tengok. Tahniah! Saya telah menjadi seorang yang sangat kejam pada kenangan. 5 more boxes to go..!

Walaupun bilik ni nampak macam kemas.. tapi sebenarnya banyak benda nak kena scan balik. Macam tadi, bila buat pengemasan.. jumpa hampir 3 voucher dah expired, lebih kurang 5 paket ubat dah expired, 3 bungkusan makanan yang tak berbuka dah expired, dan berlambak-lambak barang toileteries yang di beli 3-4 tahun lepas!

Hebat tak saya? Memang suka simpan sampah! Dan beli barang buat sampah!😦

Training Mulu

Umum mengetahui yang saya..

Hoi hoi!! Ko tengah buat rencana untuk Majalah 3 ke apa? HEHE..πŸ˜€ Tiba-tiba pulak terkeluar ayat macam tu. Baiklah. Saya buat ayat lain.

Hari tu saya dah bagi tau pasal jadual training untuk ke Mulu kan. Sebenarnya, bukan aktiviti caving yang buat kitorang training naik turun bkt/gunung tu. Tapi kitorang semua cuak dengan Pinnacles. Ntahlah, semua cerita yang ngeri-ngeri, sampai jadual training kitorang dah mengalahkan naik Kinabalu pulak.

Jadi minggu ni, kitorang naik Bukit Saga, dekat Cheras. Ada pertukaran plan, tapi tak kisah. Janji ada jugak. Ni kira macam baru nak start balik.. jadi stamina memang zero. Ni betul-betul ZERO. Tau.. mesti antara korang tak percaya. Tapi percayalah. Memang zero. Penat dia bukan main.

Camnilah… bayangkan, Bukit Saga yang cuma tinggi lebih kurang 400 meter tu, kitorang amik masa dari pukul 9 setengah pagi sampai ke 3 petang baru turun. HAHA.πŸ˜€ Dasyat tak?

Okay, takde la dasyat sangat sebenarnya. Sebab lepas sampai rooftop, kitorang trekking lagi sampai air terjun bukit Apeh, lepas tu mandi+bersembang je dah berape jam, pastu balik plak saja trekking ikut jalan jauh, sebab lebih landai walaupun memang penat rasa macam dah sesat je. So, it was believable la. HEHE.πŸ˜€

Tapi badan memang tekejut. Kesan dia, terus kena migrain + sakit perut + rasa loya. Okay.. part sakit perut tu mungkin boleh diabaikan. Tak naik bukit pun, sakit perut tetap datang jugak. Muscle kaki pun rasa tegang. Padahal, jalan punya la slow. So nampak sangat dah lama tak exercise.

Jadi, next week punya plan, saya tak tahula apa nasibnya! Memang kena doa banyak-banyak ni. Mintak perlindungan dan kekuatan dari Tuhan. Sebab dengar-dengar cerita Chemerung macam lagi ngeri! Waaa… :((

Kerja

Dah lama tak cerita pasal kerja kan? Bukan apa, dulu takut korang muntah darah asyik dengar saya asyik dok merungut pasal kerja je. Tu belum lagi mengumpat pasal boss.πŸ˜€

Sebenarnya, kalau nak compare dengan dulu, sekarang ni lagi banyak kerja. Maklumlah, dah 4 tahun kat company ni. Ada projek yang dah nak close. Ada projek yang on going. Ada projek yang baru nak mula. Dan haruslah semuanya nak kena cover. Jadi memang penat!

Tapi macam yang saya pernah cakap jugak la, stress level dah kurang skit. Banyak la faktor penyumbang.

Mungkin pasal kitorang pun dah pandai buat kerja. Dah tahu apa nak buat. Kalau tak tahu pun, dah tahu pada siapa kitorang nak turn to. Walaupun ada masalah, kena marah, tapi takdelah macam dulu, clueless!!

Mungkin juga pasal boss pun dah tak sakastik macam dulu. Tak laser-laser tak tentu pasal. Dia pun macam banyak biar kitorang buat kerja sendiri. Tapi takdelah lepas tangan, kalau datang angin tu, pening kepala juga. Tapi at least, time tu jelah kitorang gaduh. Esok, semua orang baik balik.

Tapi rasanya, mungkin faktor yang ni paling kuat. Sebabnya.. kitorang ni pulak yang dah jadi laser sekarang.πŸ˜€ Tengok la siapa boss kitorang. Kitorang ni protegee dia la ni. Pantang silap, siap la. Pastu me-laser dah tak kira siapa. Sekarang kitorang dah tak pegang konsep who’s the boss. Yang penting siapa yang salah? Tak kira la siapa kau pun. Boss ke, support ke, company lain ke, consultant ke.. sampai ade sekali tu, user pun kitorang perli-perli. Sampai kadang-kadang nampak bos kitorang pun macam cuak-cuak dengan kitorang. HAHA. Tapi kadang-kadang jelah. Selalunya memang kitorang la cuak dengan dia.

Tapi, penindasan tetap jugak la berlaku. Tu perkara normal. Jadi normal jugak la kitorang pun sibuk nak cari kerja lain.πŸ˜‰

Kereta

Kesian la kereta tu. Dah la accident, tak hantar pebaik lagi, pastu dalam dok uzur-uzur tu, owner dia belasah cukup-cukup, sampai ke Temerloh sana dia paksa pergi. Tapi kereta, kau kena tough, sebab owner kau pun sebenarnya sedang cuba menjadi tough!πŸ˜‰ Jadi kereta, kau kena janji, kita jadi tough sama-sama!

Dan minggu ni owner pun mesti jugak janji buat 2 perkara, tak kira la sibuk macam nak terbalik pun.

Pertama, kena call Perodua. Haihh.. orang Perodua ni pun satu. Order apa yang sampai tak sampai-sampai lagi barang. Bilanya nak baik kereta nih. Nak kena diorang nih. Tau la end of year la, closing stock la ape la, tapi takkan la sampai 3-4 minggu kot. Tah-tah, terlupa tak?

Kedua, kena call polis trafik Ipoh. Report case ni ape ceritanya? Ni kira dah cukup ni 15Β  hari bekerja. Iskh.. benda boleh decide sekejap pun amik masa sampai 15 hari. Bukan 15 hari biasa, kena 15 hari bekerja pulak tu. 3 minggu!! Bukan nak kena masuk court ke apa pun. Tapi kalau report case dah keluar.. nak kena pergi Ipoh la pulak, ambil benda alah tu!

Okeylah. Cukup la tu. Dah nak pukul 12 malam ni. Cinderella nak kena masuk tidur. HAHA. Esok nak kena kerja. Tak bleh bangun plak nanti.

Until then..

Regards,

~Ha~