Salam,

Dah lama tak ada entry bergambar kan? Tulah tu. Computer ni macam tak boleh detect pulak hp saya, jadi macam mana nak transfer gambar. Banyak jugak gambar nak tunjuk sebenarnya. Walaupun saya ni bukanlah jenis suka sangat tayang-tayang muka sendiri dalam blog, tapi adalah juga sebenarnya benda yang nak tunjuk.

I am very much like this right now – takde gambar betul.. gambar anime pun jadilah kan?

Bilik

Projek bilik dah bermula! Walaupun kalau pergi serbu bilik saya sekarang, macam tak nampak pun perubahan. Sebab sebenarnya saya bermula dalam fikiran dulu. HAHA. Tapi betul! Kalau saya tak bermula apa yang saya fikir, sumpah ia pasti takkan berlaku. So saya sudah start measure things, survey sana sini, thinking about what to buy, how to place it and etcetera etcetera. Hei bukan senang tau kerja ni. Tak percaya, tanya siapa yang pernah buat decorating house, susah kan Along? Tapi sekurang-kurang, you have 2 heads to crack for. Huhu. Ye ye.. tapi saya kalah dari segi space. Bilik saya sekangkang kera je.🙂

So, thinking sudah. Tapi part kotak tu, masih tak buat ape lagi. Saya rasa kena ada strategi lah. Tu dia.. nak kemas kotak pun perlu strategi! HAHA. Kelakar betul. Macam nak pergi buat apa saja.😀 But knowing myself, ye saya rasa memang perlu persiapan. I’m easily carried away dengan kenangan. Nanti sudah-sudahnya saya dok sibuk membelek album lama.

Baiklah cukuplah setakat itu dulu pasal bilik.

Plan for Year 2012

Baiklah. Officially saya akan bagi tahu plan tahun ini. Ke mana pulak saya nak menjongkit lagi. HAHA. Korang patut bangga tau sebab ada sesetangah benda ni, tak ramai lagi orang yang tau. (Sorry kepada kawan-kawan rapat, saya pun tak bagi tau anda jugak! Hehe..)

So yang pertama, plan Mac ni, saya akan pergi Mulu, untuk aktiviti caving. Saya pernah pergi 2 or 3 tahun lepas. Saya suka pengalaman yang lepas. Tapi yang lepas tu acara santai. Kali ini, saya pun berpeluh juga bila fikir. Pergi je pun sampai 7-8 hari. Aktiviti pun tough betul. Masuk gua lah, naik Pinnacles la. Harap-harap saya tak trauma balik dari Mulu nanti.

Yang kedua, plan April ni… saya akan ke Korea lagi. HHAHA. Ye saya tau. Macam baru lepas cerita pasal pengembaraan hari tu kan? Tapi kali ni pergi dengan kawan-kawan office. Jadi pengalaman kali ni mungkin ada sedikit berbeza dengan pengalaman yang lepas. Saya pun tak pasti tentang chemistry. Harap-harap semuanya okay!

Yang ketiga, plan bulan Mei pulak.. saya akan ke Medan. Yang ni dengan kawan-kawan biasa, tapi aktiviti tak tahu apa lagi. Diorang kata acara santai, tapi korang sendiri percaya tak? Kalau pergi Korea pun nak panjat gunung, saya sedang mentally prepared for anything. Maklumlah, anything can happen!

Oleh sebab plan nak ke Mulu ni acara bukan main-main, maka ada banyak jugak la acara sampingan sepanjang sebelum ke Mulu ni. Tu yang tengok saya amik kelas swimming la ape la.Ni antara aktiviti yang di plan..

Macam dasyat kan aktiviti? Berdoalah badan saya lemah ni mampu menanggung aktiviti yang sarat. Saya kan memang suka mencari masalah!

Swimming

HAHA. Ye sila muntah sekarang. Dah hampir setiap entry nak cerita pasal swimming. HAHA.

Anyway, hari ni saya nak cerita pasal cikgu swimming saya. Cikgu swimming saya kecik je dari saya. Dari segi badan dan jugak umur. Baru nak masuk tingkatan 3. Badan dia lebih kurang cik Mari Chan je. Tapi garang! Kadang-kadang macam terbalik pulak, siapa yang budak siapa yang dewasa. Sebab kitorang ni asyik nak main-main je. Takpelah, we try to bring the child in her. Wakaka…🙂 Serius sangat pun tak elok juga untuk kesihatan, ye tak?😉

Okaylah. Dah tak tahu nak cerita apa. Lain kali kita cerita lagi.

Until then.

Regards,

~Ha~