Ingatkan, nak buka tahun 2012 dengan bilik yang cantik berseri, ready nk install a few IKEA things je lagi. Tapi memang hopeless!

Ia cuma berjaya sampai takat mengemop saja. Baru buka satu kotak, oh.. terus rasa ia memerlukan satu effort masa yang tinggi. Jadi bayangkan kalau ada berkotak-kotak. Perlu scan, teliti, fikir dan barulah boleh buat keputusan, nak simpan atau buang. Nak buang pun sesuatu yang memeningkan juga. Nak terus buang, nak jual, nak recycle.. oh sangat susah!

Kadang-kadang nak decide simpan pun susah. Sayang nak buang, rasa macam nak pakai, tapi kalau dah ada sampai 3 benda yang sama, uishh.. rasanya jadi macam dulu-dulu jugak la. Last-last bersimpan la sampai ke sudah.

So bayangkan ni ada 8 kotak, campur dengan satu desktop. Iskh.. lama tu kalau nak check satu-satu. Haih.. kena determine nih! Takleh nak buat sekali harung, takleh nak buat lebih-lebih kurang. Karang, 8 kotak tu kekal 8 kotak. Tu bukan kemas namanya. Tu buang masa je!

Jadi, resolution yang pertama pada tahun 2012 adalah nak clear kan semua kotak-kotak nih! Kita simpan 2-3 kotak saja. Storage box yang comel-comel tu haruslah di simpan kan. Lepas clear, barulah boleh benda yang diidamkan. Lama betul dah tak menziarah IKEA.😉 Dan lepas tu barulah bilik ni jadi seperti yang sepatutnya!

Selamat Tahun Baru!

Regards,

~Ha~

~Takyah la buang masa pegi tengok buang api. Bukan tak pernah tengok pun. Hehehe.. Tapi kalau takde benda nak buat, pergilah!