Mata macam dah nak terpejam-pejam. Walaupun bau nasi beriani dan ayam masak merah dah menusuk hidung, tapi tak cukup mampu nak membuka selera. Nampaknya nafsu tidur lagi hebat menguasai diri.

Wah.. dah macam nak buat novel ni. Kau memang suka berangan kan? =.=

Tapi sungguh, memang pun perut ni takda craving for lunch. Alhamdulillah. Cuma mata ni macam dah tak boleh nak terbuka nih. Haihh.. dasyat betul penangan tidur ni. Tulah, time orang suruh tidur, kau tak tidur. Sekarang bila bukan time tu, kau sibuk nak menidurkan diri.

Training ni pun satu, sungguh la bosan. Eh. Training tu tak bosan. Tapi yang bosan, bos ada plak kat sini. So banyak lah dia punya itu ini. Kena macam tu lah, kena macam nilah. Haihh.. encik bos tau tak itu semua memerlukan effort yang tinggi. Saya dengan ketidakcukupan masa ni, ditambah pulak dengan kekurangan semangat meneruskan kehidupan dengan company ni, memang rasa tak menang tangan nak buat semua.

Lagipun, saya bukannya tau sistem dulu tu macam mana. Saya bluffing je banyak tadi, based on diorang-diorang ni cerita. Mungkin btul la apa saya cakap, tapi saya bukan pegi explore sendiri sistem tu. Harap dengar cerita orang je. HEHE. Ini nak suruh saya pegi buat comparison plak. Haihhh…

Nak tukar kerja, tapi malas cari kerja. Sape la nak tolong saya mengubah nasib saya nih? Nanti saya bagi upah, nak? Rumors banyak cakap yang company nak buat re-structuring. Blerrgghh.. habislah habislah. Mesti tukar bos. Bukanlah sayang sangat dengan bos sekarang. Tapi rasanya lagi tak boleh blah dengan bos-bos yang sedia ada. Hailahh..

Apa rasanya kalau kita jadi ikan? Mungkin tak perlu risau pasal cari kerja lain kan. Pastu kita tak perlu risau sangat pasal cerita banjir kat jalan Tun Abdul Razak. Mungkin jugak tak perlu bersusah payah bayar duit pergi kelas berenang. Mungkin juga tak perlu buat training ari  nih. HEH. Tapi mungkin juga tak boleh memiliki WTX. Tak boleh buat outdoor lain selain berkaitan air. Dan paling penting, dah sah la tak kerja dan takda duit. Huhuhuu..

Tu dia.. baru masuk kelas berenang, dah berangan-angan nak jadi ikan. Esok kalau masuk kelas snorkling, agaknya terus teringin nak jadi jaws. Contohnyalah kan.. Padahal tak suka pun aktiviti laut. Baiklah, cerita pasal kelas berenang, saya dah pandai berenang breast stroke! Yaa.. kelihatan tangki riak sedang berkocak di situ. Hati-hati. Riak boleh membawa musibah. Sebenarnya tak pandai pun sangat. Boleh la dianggap teror kalau kau suruh berenang dekat kedalaman 1.2 meter. Cuba 1.8 meter, mau menggelupur kat situ.

Tapi tak sabar jugak ni rasa nak belajar benda lain pulak. Free style contohnya. Ataupun buat terjun tiruk barangkali. Wah kalau dapat berangan… Huhu.. sungguh. Dah bosan dah main benda sama.

Oklah. Kita update lain kali. Banyak nak cakap. Tapi kuasa mengantuk ni nampaknya dah berganda. Sebelum ayat yang bukan-bukan keluar, lebih baik kita tamatkan di sini saja.

Until then… daa!

Regards,

~Ha~