Korang pernah tak pada suatu hari, bangun dari tidur contohnya, tiba-tiba korang rasa korang orang paling berdosa kat muka bumi ni, walaupun korang ni bukan lah pelaku dosa besar yang tegar.

Ataupun kebelakangan ini, hari ni contohnya, korang rasa memang hidup korang ni makin jauh dengan tuhan, walaupun korang takdelah tinggal sembahyang pun.

Sebab apa korang rasa perkara-perkara macam ni berlaku?

Aku rasa (sorry, hari ni takde rasa plak nak bersopan santun!) aku tau sebab apa. Aku rasa kita jadi macam ni sebab kita buat pahala bersulam dosa, tanpa rasa tak bersalah skit pun. Sebab benda yang kita tu, kalau di sebut jelas, memang berdosa, tapi kalau dibuat ketika sedang membuat pahala, secara santai pulak tu, langsung tak perasan pun benda tu salah.

Mengumpat contohnya. Kalau kau sebut mengumpat, haruslah nampak besar dosanya. Macam makan daging saudara sendiri. Tapi kalau kau tengah duduk-duduk makan goreng pisang yang kau belanja kawan-kawan dengan duit gaji kau contohnya, pastu tiba-tiba kau pun buka cerita, “Aku tak suka betul makcik kat bahagian admin tu. Dia tu suka menginaya orang. Dah la hitam, hidung kembang, perangai busuk pulak tu!” Contohnyalah kan..

Ataupun kau tengah menonton Halaqah kat TV9, lepas tu keluar iklan Galaksi yang tunjuk artis kegemaran kau sedang pakai baju tali nipis sangkut kat bahu, pastu kau dengan penuh emosi pun cakap, “Celaka betul lah perempuan ni, pakai baju macam ni, macam perempuan s*@l, dah macam p%l@c#r dah aku tengok, masuk neraka lah kau!” Err.. tu contoh saja lah..

Apalah aku merepek malam ni sebenarnya…

Takde. Sebenarnya aku nak cakap. Hidup kita ni makin lama makin jauh dengan tuhan. Memanglah kau tunging terbalik solat tak tinggal awal waktu bagai dan segala. Tapi lepas tu kau buat segala benda jahat dan berdosa yang termampu oleh kau. Benda jahat tu, bukanlah maksud kau minum arak, masuk disko, buka aurat, pegang lelaki perempuan atau apa-apa sajalah perkara jahat dan berdosa yang highlight besar-besar dalam al-Quran tu. Tapi benda-benda yang kau tak perasan hari-hari kau buat, tapi kalau teliti betul-betul, itu memang salah atau tak elok di buat.

Okay, aku sebenarnya tak nak cakap banyak. Sebanyak mana tak elok buat benda jahat secara sembunyi-sembunyi, Tuhan pun tak suka kita menjaja benda jahat yang kita buat, sebab nanti boleh jadi fitnah lah pulak.

Cuma.. aku harap aku boleh jadi lebih baik macam dulu-dulu. Dulu-dulu tu maksud aku, masa fikiran aku masih syumul. Aku suka diri aku yang sangat innocence dulu. Too much information memang boleh merosakkan.

Jadi, aku tak setuju pendidikan seks di ajar di sekolah. Eh? ~tiba-tiba je aku rasa sesuai je perumpamaan tu dengan ayat too much aku tu. HEHE.😀

Sebenarnya, masalah aku takde kaitan pun dengan pendidikan seks kemenda semua tu.

Until next time..

Regards,

~Ha~