Hari ni.. in fact, malam ni saya rasa berdebar betul! Sampai rasa macam sakit perut tak boleh tidur tak boleh nak buat apa.. nak surfing pun rasa tak senang..

Ia mungkin berpunca dari beberapa sebab.. kebanyakkannya saya cari pasal sendiri.. Padan Muka!! Uh uh uh…

Pertama, sebab saya tertengok game Malaysia vs Indonesia tadi. Ia memang betul-betul menimbulkan rasa berdebar yang macam tak boleh nak duduk diam. Padahal saya ni bukannya ambil berat sangat pun pasal sukan negara ni. Mungkin itu sebabnya kot.. saya ni punya jantung yang tak cukup kuat. Tengok sekajap pun, boleh menimbulkan debar yang bukan bukan.. aishh..

Kedua, saya telah membuat suatu keputusan yang menakutkan. Saya takut banyak perkara. Duit salah satunya. Masa keduanya. Takdir ketiganya. Haih.. betul ke keputusan saya ni? Mungkin saya patut tarik diri?

Ketiga.. saya hampir tertangkap atas keputusan saya tadi. Orang bersalah memang akan rasa takut tanpa sebab. HAHA.😀

Keempat, saya..

Okay, saya patut hentikan entry ini. Lagi banyak saya cakap, lagi berdebar saya dibuatnya. Lagi banyak saya tulis, saya mungkin akan membuka rahsia diri. Cukup!

Sekian..

Regards,

~Ha~