Salam..

-Baik tak hari ni.. siap bagi salam. Jadi selama hari ni jahat ke? Uh uh uh..

Anyway.. Habis dah jugak cerita Korea. Tak macam cerita Australia. Terus terhenti tak cerita dah. HAHA.😀 Maaflah, dulu kurang nekad. Walaubagaimanapun, gambar belambak tak tunjuk. Gambar-gambar tu nak buat apa? Saya tak suka letak kat fb. Sebab banyak sangat orang tengok. Memang sini pun ada orang tengok juga. Tapi sana tu lain. You have a network there. Bila kau letak gambar or publish something, macam buat annoucement pulak rasanya. Kat sini lain. Bukan semua orang tahu pasal blog ni. Dan kalau tak rajin jengok, pun kira tak tahu jugak kegiatan saya.

Berbalik pasal gambar tu, saya ingat nanti nak buat album lah. Boleh la tunjuk pada kawan-kawan rapat. Bukan semua orang yang dalam fb tu bleh tengok sesuka hati!😉

Okey.. sebenarnya bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. Hari tu saya ada baca blog kawan saya. Kesian saya dengar cerita dia. Susah dapat kerja, kerja pun gaji tak banyak. Makan pun lebih kurang. EPF tak potong. Nasiblah masih single. Eh, nasib baik single? Yelah.. kalau ada husband n anak lagi susah. Kesian kat anak kan? At least, kalau single tu susah sorang-sorang je. Itu pandangan saya lah. Kalau orang lain tak tahu lah.

Jadi tiba-tiba saya rasa bersalah pulak bila publish cerita-cerita keseronokkan pengembaraan saya. Macam tak sensitif je dengan masalah kawan-kawan. Jadi, saya rasa macam nak tolong dia. Saya nak tolong carikan kerja untuk dia, melalui pertolongan korang-korang yang baca blog ni.

Kalau korang tau ada kerja kosong bahagian akauntan, tolong contact saya. Saya rasa kawan saya tak kisah pun kerja kat mana-mana, tapi saya fikir kalau boleh biar kat KL ni lah. Senang saya nak jumpa dia selalu. HEHE. Kawan saya ada diploma, juga ada pengalaman bekerja. Saya ada jugak tanya company saya, tapi takde respon plak. Kakak seketari tu lupa kot nak balas. Nanti esok, saya tanya lagi.

Saya tahu dan faham perasaan berada dalam situasi ni. Dulu masa lepas grad, walaupun saya tak susah dapat kerja, tapi kerja saya yang dapat pun tak sebaik mana. Duduk cmopany kecik, EPF pulak taknak bayar. Nasib baik bayar gaji on time. Tapi kerja pun tak hapa-hapa. Tak teknikal langsung. Tapi sabar je kan hati, fikir nak dapat pengalaman.

Lepas tu, kawan saya offer kerja kontrak dengan gomen. The worst part, gaji lagi skit. Bagusnya, ada EPF. Takpe.. sabarkan lagi hati. Ini pengalaman.. saya kena ambil peluang!

Akhirnya, company yang sekarang. Memang banyak pengalaman. Gaji pun alhamdulillah, lebih baik, walaupun tak mungkin lah boleh tanding kawan saya yang kerja kat Shell atau kawan saya yang pernah kerja Pos Malaysia tu. Dengarnya, dah berapa kali tukar kerja. Mau gak gaji dah jadi 10k? Tak kisah lah. Saya selalu doa, bukan gaji yang dikejar, tapi keberkatan. Kadang-kadang saya terlupa juga, asyik pikir pasal nak gaji banyak je. Tapi akhirnya saya tersedar, duit yang banyak tanpa keberkatan, akan sentiasa buat kita rasa tak cukup!

Jadi, bila saya dengar cerita kawan saya, saya terpanggil nak tolong dia. Sebab waktu saya macam dia, ada banyak tangan bantu saya masa tu. Kali ini, giliran saya pula bantu orang lain. That’s how life cycle.. right??

Until next time..

Regards,

~Ha~