Tags

Day 7

It was not supposed to be our last day in Korea. But yes we packed our stuff and checked out from the guest house. Actually our flight to Malaysia would be tomorrow (Day 8), depart at 8am. Since Soeul and Incheon Airport quite far, and we couldn’t afford to miss the flight, so kitorang plan nak tidur kat airport je. Save time, save duit.

bekalan makanan untuk sampai esok! nasi goreng.. magi goreng.. kuah kacang dan kuah apa tah satu lagi.. yang tak kelihatan.. nasi impit!

lambakan beg.. beg tarik hitam tu asalnya lugage makanan.. banyak tak makanan kitorang bawak?

hura hara dengan beg..

Tapi itu tak bermakna aktiviti kitorang dah habis di sini. Sebab kitorang plan nak berumahtangga kat Incheon Airport, plan visit pun dekat sekitar-sekitar tu jelah.

So, Sin Do.. here we come!!

*Do = island; Sin Do = Sin Island

Sibuk tengok peta..

beratur nak naik bot..

Oii.. korang tau tak penatnya nak tulis benda alah ni. Bleh tak kita skip je part bercerita ni. Tengok jelah gambar-gambar.

~Oit.. macamlah orang paksa ko tulis. Yang ko beria-ria sangat tu apehal?

Eh ye ke? NGEHEHE.. over plak saya ni. *blushing*

Serba ringkas, Sin Do adalah sebuah pulau yang cantik dan banyak tempat yang menarik. Tapi masa kitorang pergi tu air surut pulak. Jadi jadi macam kurang cantik skit di kawasan pantai. Tarikan utama, rumah Full House. Ada banyak je lagi film location lain, tapi yang tu je saya tahu. HAHA. Kawasan kampung di sini pun cantik-cantik jugak, especially kawasan sawah padi. Baiklah, mari kita tengok gambar.

sebaik saja bot ni bergerak.. burung meluru datang kejar bot ni.. ingat kan kenapa. Rupanya orang bagi makan burung time ni. Memang meriah lah time ni..

cantik kan? kawasan sawah padi..

masa naik bas ni.. lalu sawah padi.. lalu tasik.. puas hati la tengok pemandangan..

menjadi ninja sesat di perkampungan korea.. huhuhu..

padang rumput kapet.. ada orang tengah main bola..

'Full House' dari jauh..

Dah sampai dalam rumah.. ni kitchen.. model kitchen sedang beraksi..

memperkenalkan model tiang pulak.. HAHA

ruang tamu..

model katil.. okey.. ni bilik tidur watak utama dalam cerita Full House..

Ni pulak almari.. eheh.. ye saya tahu korang kenal ini almari.. tapi dalam cerita Full House, watak utama ada menyorok dalam almari ni.. dan scene ni agak kelakar..

Ni plak bilik tidur watak perempuan dalam cerita ni..

rumah ni sebenarnya agak unik.. kalau kita buat kat malaysia.. kira possible tak?

possible dalam erti kata.. tak mendapat tentangan dan cercaan ahli keluarga dan jiran tetangga.. huhu..

rumah ni happening.. ada buaian dan sebagainya.. tapi sayang tak berjaga. Berkarat sana sini..

kita cari port makan dulu..

Rumah dari sisi luar.. siapa tengok cerita ni.. memang familiar sangat la dengan kawasan luar nih..

nak balik dah.. okey.. kalau korang tengok cerita ni.. korang mesti cam jalan ni.. kata budak-budak ni, ni jalan yang watak perempuan lari dari rumah.. pastu lompat-lompat ejek watak utama..

kat jeti, tunggu bot datang..

amik gambar atas bot masa nak balik ni pun cun nih.. tp bukan dengan camera hp la..

malam tu.. dok menghabiskan duit beli air kat airport..

ni time dinner kat airport.. makamlah segala bekalan yang tinggal.. Alhamdulillah.. so far.. kita tak pernah rasa kebuluran masa kat Korea!

Jang Na Ra n Rain.. tak dpt jumpa.. amik gambar iklan diorang pun jadi la..

Regards,

~Kim Yu Ha~

*Rasanya nilah kali terakhir nak pakai nama ni. Dah takde cerita Korea dah lepas ni. Takkan nak pakai nama ni tak memasal pulak kan..😉