Tags

Mari catch up sebelum saya terlupa lagi. ~Psst.. sebenarnya, dapat mood nak update ni pun sebab baru lepas tengok Korean’s series. HEHE.πŸ˜€

Hari ke-4 dimulakan dengan cuaca yang sungguh suram, sebab hujan mencurah dari dinihari. ~Eh.. macam nak buat novel pulak.

Memang sejuk tak terkata. Hari ini kami bercadang nak buat kejutan kepada rakyat Korea. ~Kau pikir kau artis kah, sampai mahu buat kejutan kepada manusia di sana. HAHA.

Kami bercadang nak melawat Korean Folk Village, dengan berpakaian seperti mahu berhari raya di kampung mereka. Ya.. mereka memang terkejut melihat baju kami, sampai kami pulak naik rimas tengok mereka tengok kami. Tapi kalau tak pakai baju kurung pun, mereka tetap juga terkejut tengok kami, maklumlah, bukan senang nak jumpa budak-budak comel berkeliaran di muka bumi ni. WAHAHA.πŸ˜€

nak pergi beraya ke cik adik..

Kadang-kadang kelihatan macam budak yg sedang ponteng sekolah pun ada.. uh uh uh..

Sebenarnya.. tempat ni memang sangat jauh. Kadang-kadang ada juga rasa tak berbaloi pergi.. walaupun bukan atas reason yang sama macam budak-budak ni kata. Diorang ni semua tak suka sebab ini bukan gunung. Saya pulak rasa tak puas sebab pergi dalam keadaan tergesa-gesa. Cuma duduk lebih kurang 2 jam saja dalam tu, memanglah tak berbaloi dengan perjalanan yang berjam-jam tu!

Kat sini pusat info, dan tempat beli tiket bas and entrance..

entrance

mari posing sekejap..

Kat dalam ni, macam-macam benda ada. Dari perkampuangan orang miskin, sampailah rumah orang kaya-kaya, kawasan rekreasi, theme park, pertunjukkan, kawasan shooting drama n movie, kedai makan, kedai kraftangan dan ntah macam-macam lagi. Kami pun tak sempat tengok semua.

budak-budak yang comel..

Suka betul budak-budak ni bila kitorang amik gambar.. tu belum lagi bila kitorang lambai.. terjerit-jerit.. terus kitorang plak bajet artis.. HAHA. Tapi serius.. ada ke diorang jumpa kitorang pastu cakap sawadikap???

oleh sebab park tu besar sangat.. kitorang memang ada sesat skit la kat dalam tuh.. HAHA.

diorang ni bersungguh-sungguh betul nak buat perkampungan korea, besar betul ladang sayur dia..

if you familiar with this drama.. saya baru nak suruh kawan saya downloadkan..

and this drama too..

kesian budak-budak ni, dah la kesejukan.. kena tinggal bas pulak tu..

Sorry tak banyak cerita. Satu.. nak save masa. Kedua.. korang bukan rajin membaca kan? HAHA.πŸ˜€

*Thanks to kawan-kawan.. aku curik korang punya picture skit.. eehehe.. tak gunala kan camera canggih-canggih. Ni la kegunaannya.πŸ˜‰

Regards,

~Kim Yu Ha~