Dah lama tak update kan? Saya ada lagi kat muka bumi Allah ni. Cuma ter-busy pulak seminggu dua nih. Tunggu pergi Temerloh nanti, kita tengok pula nasib kita macam mana kat sana. Kot-kot la boleh update blog secara setiap hari ke? Itu kalau nasib baik lah. Kalau tak.. tunggu la sebulan lagi. HAHA. ~Hoi, tak kelakar lah. Diam sekarang!

So, dua tiga hari ni, selain dari sibuk menyiapkan kerja office di rumah ~oh, aku sungguh loser! Saya sibuk juga dok mengimbau kenangan atau lebih tepat lagi.. mengumpat orang dengan rakan jahat saya. Siapa tahu saya dimana, tahulah siapa dia. HAHA.šŸ˜€

Anyway, itulah bahana kalau tinggal di rumah member. Macam tak cukup siang nak bersembang. Dah berapa hari ni, asyik tidur lambat je bersembang. Tak cukup cerita masa kat ITM, cerita masa panjat gunung pun nak buka balik. Tu baru dua orang. Kalau empat-empat sekali kumpul, rasanya sampai esok pagi tak tidur-tidur kot! Iskh iskh iskh..

Yang sedih tuh ~Sila buat gaya Azwan Ali macam masa dalam Melodi tu.. kah kah kah.. Siap buka blog sendiri sebab nak ingat tempat kejadian, sebelum nak mengumpat orang. Oh.. kami memang sungguh sedih. HAHA.šŸ˜€ Mari Chan, tak sabar nak tunggu ko habis aktiviti merantau ko tu dan kembali ke pangkal jalan, supaya kita boleh hang out dan mengumpat orang lagi. Cerita orang baju oren memang best dibuat umpatan. Eh Pae, jangan terasa. Tak da kena mengena dengan ko ~Minah ni baca ke tak blog aku.. dah le malas membaca. Tah-tah link pun tak ingat.

Okaylah. Dah dua minggu kat sini. Minggu depan Temerloh, lepas tu kita tengok la nasib di mana.

Eh.. saya ada satu pengunguman nak buat. Sape tau kat mana ada kerja kosong? Eh jap. Itu di kira pengunguman ke? Tak kisah lah.

So.. silalah roger saya kalau tau kat mana-mana kosong dalam bidang IT. Sebab saya dengar company baru dapat project baru. Jadi sebagai seorang yang tak suka kan cabaran, dan merasa sangat rugi kalau masa tak dapat di habiskan dengan kawan-kawan, atau untuk mencari pasangan hidup, eh? Jadi saya pun nak lari cepat-cepat dari company nih! HAHA.šŸ˜€

Tapi saya taknak programming tau. Bukan memilih, tapi sedar kemampuan diri. Buat programming masa dip dulu je, jadi haruslah kail aku yang panjang tak sampai sejengkal ni tak mampu nak menduga tasik putrajaya nih. Uh?? Abaikan..

Sekian laporan dari saya. Saya hutang 5 hari lagi cerita Korea kan? Tengoklah nasib cerita tu macam mana. Biasalah. Dah lama-lama, cerita pun jadi basi. Siap dah lupa pun apa yang terjadi. Bleh tak?

Regards,

~Ha~