Sepatutnya saya sedang menulis tentang trip saya ke Korea lagi. Ada banyak lagi tak cerita kan? But.. let’s have a break. Kehidupan di Malaysia pun perlu diteruskan diceritakan juga.😉

Hampir ke Penghujung

Saya di Temerloh lagi. Tapi kemungkinan besar, pada minggu-minggu yang akan datang, saya dah tak datang sini lagi. Atau, kalau datang pun sekejap-sekejap sajalah.

Jadual sehingga hujung bulan ni bos baru je email tadi. Nampaknya, saya akan kembali menjalani kehidupan di KL semula. Oh.. harap-harap saya tak jatuh miskin lah nanti. Claim dah tak boleh buat. KL tu pula memang suka nak menghabiskan duit orang!

Dah hampir 3 tahun saya terlibat dengan projek ini, dan hampir setahun saya attach dengan projek Temerloh. Sejak saya dihantar ke sini, saya tak pernah di suruh ke KT lagi.

Sebenarnya, saya pun tak pasti projek sudah sampai ke penghujung atau belum. Saya juga tak pasti akan kembali ke sini atau tak. Berdasarkan pengalaman, semuanya unpredictable. Boleh jadi mereka masih mahu saya ke sini. Boleh jadi juga mereka suruh saya attach dengan projek lain pula, walaupun Temerloh masih memerlukan khidmat kami semua.

As for me.. I don’t know how I feel right now. It’s blank.

Sedih

Lately nih, saya kehilangan banyak barang. Ntah mana silapnya, banyak benda hilang tanpa di sangka-sangka. Buat saya rasa sedih dan down. Kenapa kenapa? Tapi mungkin sebab saya lupa kot, semua yang saya ada ni hanya pinjaman semata-mata. Allah nak bagi saya ingat lah tuh.

Mungkin juga saya ada buat silap. Saya lupa pada Dia. Allah nak saya sedar akan kesilapan saya. Sebab tu dia tarik sikit apa yang saya ada, supaya saya kembali mengingati Dia.

Walaupun saya insaf, tapi saya tetap sedih juga. Sebab kebanyakkannya berupa barang kesayangan saya. Sedihnya sedihnya!

Ya Allah, aku redha dengan kehilangan ini, semoga kehilangan ini dapat mengampunkan dosaku. Aku redha dengan dugaan ini, kalau kehilangan ini dapat membuatkan aku kembali mengingati-Mu. Aku berharap dengan kehilangan kecil ini, Kau dapat memberi sesuatu yang lebih besar dan bermakna padaku.

Amin!

Regards,

~Ha~