Lately ni, saya macam takda idea nak buat apa dengan internet, kecuali 3 perkara.

  1. Check email. Itupun balik-balik notification fb je.
  2. Check FB, kalau ada status menarik nk komen, which is selalunya takde. Blerrghh..
  3. Check Google Reader, kalau ada blog baru update.

So, most of the time, asyik dok baca blog orang. Or baca baca posting orang kat fb. Bukan setakat posting, dengan komen-komen pun akan di baca oleh saya. ~oh.. aku begitu loser, komen orang yang takde kena mengena pun aku nak baca. Uh uh uh..

Dalam banyak-banyak benda yang dibaca tu, saya paling menyampah baca komen yang langsung tak membina. Komen yang macam kalau takda pun takpe. Komen yang cuma nak tolong menambahkan bilangan komen yang ada.

Contohnya, kalau entry tu pasal keburukan makan panadol, nanti ada la hamba Allah pun ni pun komen,

“x ambil panadol tapi ambil actal utk gastrik….itu pun bila da teruk sgt……”

atau..

“sya xsuka mkn ubat, panadol….apa lg ke hospital hehe”

Ohh.. macam lah ada orang tanya pasal dia. Pffttt.

Eh. Saya macam sedang stress saja. HAHA. Takdelah.

Regards,

~Ha~