Hari ini saya di Ipoh. Hebat tak? Hebat tak sebab berjaya berjalan dalam keadaan miskin hina. Terima kasih kepada kad kreadit. Hujung bulan, kita akan jadi lebih papa kedana. Huhu..😦

Memang tengah miskin hina. Tapi, time-time miskin beginilah, saya mempunyai masa lapang dan senggang. Jadi masa inilah juga mendapat jemputan dari bertemu saudara mara. Nak tunggu time kaya-raya, tak ada masa pula. Jadi, marilah kita berkorban sedikit.

Persediaan Korea pun dilakukan sedikit semalam. Eh. Kata takda duit. Tapi itulah, dengan menggunakan kad kreadit semua boleh. Jadi ingat semua, kad kreadit tu tak elok. Ia membiarkan anda berasa anda ada wang, dan membeli-belah sesuka hati, walaupun sebenarnya dalam bank anda ada RM150 sahaja, yang sepatutnya digunakan sampai hujung bulan. Uh uh uh..

Semalam tengah bawak kereta, baru perasan meter sudah hampir 30,000km. Hoi hoi.. kereta harus di servis. Persoalannya adalah duit dan masa. Duit itu satu perkara. Masa itu satu perkara lagi. Bila masanya? Esok nak pergi Temerloh dah. Duduk sana sampai seminggu. Weekend next week dah sibuk pulak ke Korea.

Sambil memandu, teringat kerja yang nak dibuat. Bos baru lepas call mintak hantar email secepat mungkin. Saya telah membuat janji palsu, nak send lepas asar. Asar ke bendanya, sepanjang hari semalam saya atas kereta. Sampai saja Ipoh, terus saya send juga email. Janji send, walaupun lewat banyak jam.

Dan ini adalah senarai apa yang saya fikir, sepanjang memandu ke Ipoh!!

Baiklah, sampai sini saja. Esok kalau ada gambar, kita update lagi.

Regards,

~Ha~