2 hari lepas cerita pasal ciptaan tuhan paling cantik, alih-alih hari dah cerita pasal bercantik-cantik pulak. HEH.πŸ˜€

**********

Semua orang suka perkara yang cantik. Dan suka menjadi cantik. Fitrahlah kan? Mana ada orang suka benda kotor. Kalau pengotor tu, bukan sebab dia tak suka benda cantik atau menjadi cantik, tapi rasanya sebab dia malas! Kalau ada orang nak tolong bersihkan dia dan cantik-cantikkan dia pun, mesti dia suka.

Tapi, sejauh mana kita obses dengan kecantikan? Dulu, hanya artis dan model saja yang nampak sesuai bercantik-cantik dan berfesyen-fesyen ni. Sebab tu bila kau berhias skit je, nanti adalah yang cakap, “macam artis!”

Eh. Heliza memang artis!

Tapi sekarang.. orang dah tak heran dah. Malah kalau ko pakai tudung bawal masa raya hari tu, mesti orang pulak tanya, asal tak pakai Pashmina/selendang Hana Tajima dan ntah apa-apa nama tudung lagi tah. Make up pula, tiap-tiap hari iklan kat tv tunjuk cara ko nak pakai eye shadown dan blusher dengan betul. Tu belum kira dalam internet lagi. Pendek kata, takda hal lah bab fesyen dan make up nih.


Tapi..

Persoalannya, sejauh mana dan sekerap mana kau perlu berfesyen dan bermake up? Setiap hari? Setiap minit? Setiap saat? Bila nak pergi kerja? Bila ada special occasion? Bila outdoor? Bila bercuti? Bila pergi kedai beli garam kat hujung simpang tu? Bila duduk rumah? Bila pergi pasar malam?

gadis-gadis di pasar malam..

Bersih dan kemas adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Tapi, bercantik dan berhias-hias tu, rasanya cam over sangatlah kalau nak pergi kedai runcit pun pakai eye liner bagai. HEHE. Tak dengki. Cuma macam hairan campur rimas.

Huhu.. heliza ini sungguh comel. Walaupun takde make up.

Tapi kalau nak pakai jugak, uh.. takde sape boleh larang. Dah kau rajin meletakkan effort di situ, nak buat cemaner.πŸ˜‰

Uh.. cam melampau la pegi pasar cenggini kan?πŸ˜€

Macam jugak pergi office. Kadang-kadang naik segan nak berjalan dengan ‘diorang’ ni. Dah la memang cantik, fesyen pun vogue, make up pun canggih. Siap mata biru! Uh uh uh.. siapalah saya yang bermata hitam tak hitam ni.

Cadangan gaya ke office, dari majalah.

Cadangan gaya ke office, dari internet.

Dan saya hairan juga, kalau dah begitu cantik masa pergi kerja, tentulah juga cantik masa pergi supermarket, berjalan-jalan dan ke kenduri kahwin. Tentu banyak baju cantik dan set-set tudung perbagai warna dan pelbagai jenis fesyen dalam almari baju dia. Dari tudung bawal, selendang, melilit sana sini, pashmina, tak pashmina, hana tajima, yuna dan sebagainya. Kemudian, saya pun terfikir, macamana pula kalau special occasion, macam hari raya. Kalau setiap hari pun bergaya, dan tak special lah hari yang special tu. Hari raya, sama saja ke macam hari pergi kerja atau masa pergi pasar malam?

Heliza dan gaya tudungnya

Kalau nak lain juga, terpaksa la pulak cari fesyen terkini, untuk menampakkan kelainan. Kenalah buka majalan dan internet jadi yang lastest. Effort lagi tuh!! Dan fesyen yang terkini, mestilah berharga mahal, ye tak, sebab tak banyak lagi di pasaran. Effort jugak tu!

Fesyen busana

**********

Jadi saya terus terfikir. Tak apalah baju biasa-biasa. Tudung bawal saje pun dah cukup. Sekurang-kurangnya bila keadaan-keadaan yang special skit tu, bleh la saya pakai yang cantik lebih skit untuk nampak kelainan. Walaupun cantik saya tu, hampir sama dengan orang lain punya cantik masa nak pergi kerja. KEKEKE.πŸ˜€

Simple kan.

Yang ni pun ok! Eh. Apsal asyik pilih warna hitam??

Regards,

~Ha~