Bila tengok-tengok entry lama-lama, baru perasan saya sangat kurang letak gambar dalam blog. Padahal, sangat suka ambil gambar. Tapi selalu malas nak ambil. Apakah?? Macam ni punya orang pun ada. HEH.

.

Sebenarnya, saya agak skeptikal nak letak gambar-gambar yang ‘too personal’ dalam blog. Walaupun kebanyakkan yang masuk dalam blog ni cuma kawan-kawan sendiri je, dan rasa macam tak berlaku je orang yang tak dikenali follow blog ni, tapi sentiasa rasa nak berhati-hati juga. Kira macam bajet hot la, perasan sendiri ada stalker. Wakakaka..😀

Jadi sebab tulah saya jarang publish gambar sendiri. Apatah lagi yang berbentuk camho.. walaupun itu memang perkara biasa dibuat. *blush* Takpelah, memang dah banyak kali kantoi ngan member sendiri pun, jadi admit jelah. Nama pun perempuan. *cari alasan*😉

Dan kalau publish pun, gambar yang diambil oleh saya. Bermakna, saya tak ada la dalam gambar tu. So, balik-balik muka si Pae, Mar dan Jaiz la yang terpublish kat sini. Kesian mereka mendapat promosi secara percuma. Semoga cepat jumpa jodoh, Ameenn!!😀

Dan kalau ada pun muka sendiri, haruslah tak seorang diri. Kalau seorang diri pun, mesti dah publish 18 keping gambar orang lain, barulah termuncul sekeping gambar sendiri. Dan jangan harap la nak perkenalkan diri sendiri sebagai orang dalam gambar tu. *Ni semua unsur-unsur bajet hot la nih!!* Uh uh uh.. Bukan bukan. Mungkin kurang keyakinan diri kot.

Kadang-kadang tu, teringin jugaklah letak gambar sendiri. Tambah-tambah sejak dapat selambak selendang yang dihadiahkan oleh Along. Bulan puasa hari tu asyik menerai *oit.. bahasa apa nih?* okay okay, asyik men-try selendang jelah kejanya. Tapi.. satu pun tak ambil gambar. Sebab? Uish.. sangat malu okay publish muka sendiri. Macam sangat-sangat mencintai diri sendiri. Kadang-kadang rasa macam attention seeker pun ada. Tapi kenapa bila tengok blog orang lain, saya takda pun rasa pelik. Cuma rasa menyampah jelah kadang-kadang tu. Sebab muka comel yang terlampau dibuat-buat. Uh! Tapi kalau diri sendiri yang buat, rasanya terus tak boleh terima diri sendiri. Pergi kau, kau bukan aku. Eh!

.

Jadi, rasanya lepas ni nak ambil gambar banyak-banyak lah lepas ni. Ciptaan Allah ni kan cantik dan indah. Langit indah. Bumi indah. Orang yang cantik. Haiwan pun cantik. Dan banyak perkara yang menarik. Tentu banyak benda yang boleh di kongsi.

Sementara tu, jom kita korek-korek gambar yang tak pernah di-publish. Bak kata Yuna, “Setiap gambar ada cerita!”😉

*Okay.. macam susah sangat la nak pick gambar.. banyak sangat la plak!*

First gambar dari hp C7. Ni nama kedai yang beli hp tu!

Ni makanan kegemaran kalau pergi Temerloh, seafood fried rice and yam bubble tea

Atas meja dlm bilik hotel tu, novel Sweet & Sour yang pinjam dari Kak Mas, sebab tengok K.Mas beria gila baca. Tu first time baca balik buku cerita setelah bebulan tak baca. Ke bertahun?

Ni pun makanan kegemaran, tp bkn saya sorg. Semua pun macam tergila-gila kan nasi lemak ni. Rupa dlm gambar ni nmpk kurang memuaskan, tp rasa dia memang terbaik dari ladang!!

Pantai Timur Highway - setiap maghrib hari Jumaat kitorang guna jalan nak balik KL. Maghrib pun maghrib la, demi balik KL dgn cepat!

Terengganu June 2011

 

Jangan dihairan perkara-perkara sebegini..

On the way balik KL, dari Terengganu.

 

Sumpah matahari ni nampak besar.. tapi dalam gambar alahai..

ABC & roti bakar Pak Li.. dan juga kunci kereta saya. uh uh uh..

Regards,

~Ha~