Hari ni mood masih santai. Mungkin hari pertama kerja. Jadi kita update pun santai-santai juga. Kalau setiap kali update secara serius pun, boring juga kan?

Kerja

Hari pertama bertugas selepas cuti raya sampai 9 setengah, terus dihantar jauh ke Temerloh. Dan terus cepat-cepat memulakan ibadah puasa. Nak kata cepat pun, tak berapa cepat jugaklah, ni dah masuk raya ke-7 dah pun. Kalau nak kayuh laju, sepatutnya raya ke-3 or ke-4 dah boleh start. Uhh.. tapi tak boleh. Dugaan dia besar sangat weh! Kalau dah masak main 6-7 jenis lauk sekali hidang, hish.. tu jangan buat pasal puasa. Kang sesia je puasa tu tak dapat apa. HEH.๐Ÿ˜€

Ziarah

Ingatkan cuti raya lama tahun ni, ibadah ziarah lepas cuti ni kurang kencang. Tapi rupanya dasyat jugak. Hampir setiap minggu cuba di-booking oleh keluarga nak ajak pergi kenduri-kendara. Ada saja yang nak buat kenduri. Kenduri Akikah la, kenduri kahwin la. Aiseh. Dah la tengah cuba membataskan diri ber-travel dan berbelanja nih!

Isu panas

Raya tahun ni juga, soalan ‘kahwin’ tu lebih hebat dari biasa. Dah tahap boleh buat naik darah dah nih! Dah rasa cam nak buat smack down. Kalau rasa soalan “kau bila nak kahwin?” or “teringin nak makan nasi minyak?” tu dah cukup panas, percayalah, ia belum cukup panas lagi. Yang buat bikin lagi panas tu, kalau dah sampai membuat annoucement kat kedai siapa-siapa tah dan pada anak bujang mana-mana tah. Yang bikin geram tu, lepas tanya soalan “bila nak kahwin?”, kemudian menunggu dan memaksa juga kita menjawab soalan tersebut, sambil membuat muka tanda soal. Yang buat jadi tension tu, bila tiba-tiba suruh semua ahli keluarga diam, sebab nak suruh kita buat annoucement. Arrgghhh…

Nasib baik la kaifiat Ramadhan tu masih terasa. Sabar.. sabar. Sengih-sengih.. kemudian cepat-cepat beredar dari tempat kejadian.

Cerita Gembira?

Mari cerita perkara gembira pula. Erm.. Hmm.. Eh? Kenapa macam sukar benar nak mengeluarkan cerita gembira. Takan la sepanjang raya ni asyik menangis atau marah pulak? Tak tak. Cuma tak dapat rasa gembira yang melampau di hari raya macam masa kecik-kecik dulu. Gembira juga, tapi gembira yang biasa-biasa saja. Jadi gembira tu tak dapat diceritakan dalam update kali ni.

Korea

Persedian Korea pun masih hura-hara lagi. Mungkin minggu ni ada perjumpaan gadis-gadis ABCD, selesai lah separuh urusan. Banyak sebenarnya nak kena buat.

1. Tempat tinggal tak book lagi.

2. Plan perjalanan masih tak confirm lagi.

3. Makanan separa masak belum decide lagi nak bawa apa.

4. Makanan yang akan dibeli disana belum tahu lagi.

5. Duit belum tukar lagi.

6. Tempat-tempat nak dilawati masih tak study habis lagi.

Pendek kata, preparation tu barulah dalam.. 10% je. Huh? 10%??? Biar betik!!! 10% tu pun sebab kitorang dah beli tiket kapal terbang dan dah buat research and itinerary skit-skit. Nak peginya tak sampai sebulan je lagi! Jadi apakah yang kitorang dok buat selama hari ni? Berangan je lebih agaknya! Aiseh, kayuh kena laju la lepas. Jangan sampai accident dah!

Okaylah! Cukup sampai sini. Esok-esok, kalau tak busy, dan ada benda nak cerita, kita cerita lah lagi.๐Ÿ˜‰

Regards,

~Ha~