Itulah.. dulu, ada masa, tapi sibuk sangat terbawa-bawa dengan mainan emosi. Sekarang bila emosi berada dalam keadaan lebih stabil, ruang waktu pula yang semakin berkurang! ~Padan muka! Tapi eloklah juga dikurangkan aktiviti ber-internet ni, tambahan pula di bulan Ramdhan yang mulia ni, lebih baik di banyakkan amal ibadah. Mana tahu, ini Ramadhan kita yang terakhir..

.

Mari cerita tentang kerja sedikit..

Kebelakangan ni, kerja banyak pula menjurus ke aktiviti luar. Beberapa minggu sebelum ni, saya sibuk dengan satu projek baru, membina sistem untuk Institut Kanser Negara (IKN). Seriously, walaupun ia sangat mencabar dan susah difahami, tapi ia adalah sesuatu yang sangat sangat menarik. It’s very interesting to learn something new. And everytime I mingle with doctors, nurses, medical assistants etc.. buat saya teringat-ingat cita-cita saya masa kecil. Dulu-dulu, masa kecil-kecil, saya pernah lah tiba-tiba saja bercita-cita nak jadi doktor bedah. Ntah siapa yang menjana saya untuk bercita-cita macam tu pun takda pasti, sebab dalam keluarga saya memang takde lah orang yang berkerjaya sedemikian. Kerja paling hebat pun, rasanya pakcik saya yang menjadi seorang guru. Yang suruh jadi doktor pun takda. Tiba-tiba saja mendapat idea menjadi doktor bedah pula!

Bila saya masuk U, saya pun kata, “Baiklah.. aku mungkin tak boleh jadi doktor, result SPM pun tah hapa-hapa. Tak dapat jadi doktor orang, jadi doktor komputer pun jadilah!”

Tapi mana tau, rupanya, jadi doktor komputer pun, boleh kerja dalam hospital dan mix around with doctors.

Berbalik dengan IKN tadi.. selama beberapa minggu saya duduk semeja dengan core team untuk mendifinisikan cara kerja dan tata kerja mereka. Wah.. sungguh la skema ayat aku! HAHA. Tugas belum selesai, tapi dihentikan seketika sehingga selepas raya.

Minggu ini, saya diberi tugas ke hospital tentera pula, membuat demo di sana. Sesungguhnya, saya sebenarnya berasa sangat takut. Takut sebab apa? Macam-macam! Suara mereka saja sudah seperti halilintar. HAHA. Sebatu dah boleh kedengaran suara mereka. Dan doktor-doktor ini pula asyik memakai uniform saja. Sampai saya pun hairan, takkan lah jumpa patient pun pakai uniform? Itu belum dikira pangkat di awal nama mereja. Mejar? Leftenan? Dato’ Leftenan? Tah.. saya sampai lost count. Dan saya sendiri tak dapat pastikan yang datang itu doktor atau Medical Assistant, atau cuma orang IT.. atau memang tentera saja.. uh uh uh.. semua orang pakai pakaian yang sama. Dan saya pula buta ilmu tentang calit-calit di bahu tu. Apa tuh? apa tuh? siapa pangkat tinggi? Siapa pangkat rendah? Adoiii..

So dah dua hari saya kesana. Hari baru mula demo. So far.. ok lah. Walaupun mula-mula macam nak attack. Aiseh, jangan lah pakcik. Saya buat demo je. Bukan nak pergi berperang. Nasib baik lepas tu.. ia menjadi semua diskusi ilmiah. Bagus bagus! Harap esok lusa pun macam tu lah jugak hendaknya!

Saya ada buat entri sebelum ni untuk di-publish-kan. Tapi sibuk sampai tak mampu nak publish entry tu. Walaupun dapat balik awal (awal gila sebenarnya.. dah la dekat je dengan rumah), tapi saya sibuk pula menguruskan hal rumah tangga pula.. walaupun saya tak belum berumah-tangga lagi. HAHA. ~Perlu ke nak mention perkara demikian.. macam la orang tak tahu!πŸ˜€ Sedang cuba-cuba memasak untuk berbuka, oleh sebab selalu tak berpuas hati dengan juadah di pasar Ramadhan. Asyik komplen mahal lah, sikitlah, tak sedap lah, tak bersih lah, jadi lebih baik saya ambil langkah masak saja. So far, masih tak berjaya membeli-belah di Pasar Ramadhan lagi. HEHE. Walaupun masakan ada sedikit rasa hura hara di sana sini, tapi masih belum berjaya membangkitkan rasa ingin membeli di pasar Ramadhan. Jadi sibuklah saya di dapur dan tak lah saya ke udara di alam siber. Dan malam ni, saya tiba-tiba rasa mahu menulis pula. Kita save sajalah entri tersebut pada waktu-waktu kecemasan lain.πŸ˜‰

Until then, Selamat Memperbanyakkan Ibadah di bulan Ramadhan!

Regards,

~Ha~