It was tough weekend. A bit differ from the usual.

.

Badminton

It started with badminton. Dah lama tak main badminton. Sebenarnya tak reti pun main badminton. I never know the rules. Cara kira markah pun tak reti. Technics & tactics? Lagi tak payah cerita lah. I just know how to hit the ball. Eh. Shuttlecock. So, memang tak berminat. Tapi kawan-kawan minat! Jadi minat terpaksa dipupuk. Kalau ia perlu ditukar menjadi sebuat drama jenaka, ayuh kita lakukan!!

Tapi, tak ambil langsung gambar. Terlupa? Tak juga, mungkin mood takda. Maklumlah, mengambil gambar ini memerlukan desire. Kalau desire tak ada, erm.. gambar mesti akan jadi kucar kacir.

.

Cycling

I know that some people do make cycling as their extreme sport or activity. But never bear in mind that this would be the same too.

Acara ini bermula di waktu malam. Pukul 9 malam. Saya agak hairan dan tertanya-tanya juga, kenapa malam? Tapi sebab kawan-kawan yang tolong uruskan, baik jangan tanya banyak. Terima saja dengan redha dan pasrah.

Yang di dalam fikiran saya, sebuah aktiviti santai, dimana, ikut suka hatilah kemana mahu pergi. Di mana kaki mengayuh, di situlah kami sampai. Itu apa yang saya fikir. Tapi apa yang terjadi, sangatlah berbeza dari yang nyata.

Bila saya kena sound sebab tak pakai baju sukan dan tak pakai sport shoes, saya dah rasa lain. To be truth, menyampah sebenarnya dengan the guide. “You give me the bad impression, bad impression!” tu jelah saya asyik ingat. Berapa kali nak ulang, saya manalah tau this is the extreme sport. But then, who am I to say anything? After all, memang pun I’m the weirdo kat situ yang pergi pakai kemeja labuh and slack. Whatever. Pffttt!

Then again, sekali lagi saya tekejut, punya la ramai join this activity. Rasanya adalah lebih dari 10 orang, guide je pun tah berapa orang. Bleerrrgghh. Tak silap, ada 2 group kot. Uh uh uh. What am I into? Tah la. Masa tu, saya lagi pasrah. So mentally dah bersedia, apa-apa lagi benda pelik yang akan berlaku, berlakulah! Uh uh uh.

tengoklah tu.. tu pun bukan semua tu..

Memang pun. Baru tahu rupanya kami akan pusing Putrajaya. Berpusinglah kami 30km dalam Putrajaya tu. Dari jalan yang saya biasa, sampailah tah kolong mana kitorang masuk. Sungguh meng… tahlah. I am ssooooo speechless!!

Putrajaya, from atas bukit PICC

It also happened that, malam tu kat Putrajaya memang ada event berbasikal. Ada la beberapa kali bertembung dengan diorang. Tapi kitorang, eh silap, bukan kitorang, the guide pilih path yang lain, supaya diorang tak lost count. Whatever.

ceria..

lembaga..

berehat..

uh? acrobatic?

Sebenarnya, kami memang sangat penat! Saya pun rasa sangat penat ya amat sangat. Penat sampai saya pun tak larat nak marah Pyan. HAHA. Okey, dah agak lama nama Pyan ni tak naik sini. Whatever lah. I’m already accepting him as a part of us. Tak suka pun, dia ada jugak kan. HAHA. But I do wish he is she. HAHA. Susah la dowh nak buat aksi-aksi terlampau. Kadang-kadang terlepas juga. Aiseh!

berehat lagi.. letih gila!!

Eh, back to our story. Penat sampai tak larat nak cakap banyak. Banyak kali juga diorng tanya,”Okay ke? Okay ke?” Saya tau the guides tu concern, tapi kengkadang rasa macam sakit hati je dengar. So? Kalau saya cakap tak okay? Nak tolong angkat saya bawak balik ke? HAHA. Itu dia. Kalau dah penat campur marah. Tapi sebab terlampau penat, saya cuma cakap, okay! Sangat sopan kan? Hehehe..😀

Tapi kadang-kadang, I lost control jugak. Mana boleh tahan dowh, 18 kali ulang-ulang pasal baju! Pasal sport shoes! Dari masa nak bagi basikal, masa nak bagi topi, masa nak start, masa tengah kayuh, masa nak tolong tukarkan gear, masa tengah berehat. Pffftttt!! Tau lah ko pakai baju ketat. Ingat aku heran ke? 10 pun aku bleh beli la. Pakai je tak. HAHA. Macam budak-budak. Eh. Saya tak pergi bergaduh macam tuh tau. Tu saya cakap dalam hati je! HAHA.

Bila balik, kami tak join aktiviti minum-minum dengan diorang lepas tu. Rupa-rupanya bukan saya sorang je rasa menyampah, ade orang lain pun tak suka jugak. HAHA.

Something happened

Saya terhilang beg duit malam tu. Uh uh uh.. habis hilang semua benda penting. Tapi ntah kenapa, malam tu saya dapat bertenang. Alhamdulillah. Payah tu nak jumpa saya berkeadaan macam tu. Pray Allah it happened always and always! Lepas buat report polis, call the banks untuk batalkan kad debit and credit. Nampak macam okay, bila nak tidur, barulah tau sebenarnya tak okay. Punyalah susah nak tidur. HAHA. Nak buat macam mana kan, saya kena selalu ingatkan diri saya, saya kena terima ini sebagai qada’ dan qadar. Percaya, ada hikmah setiap yang terjadi!

.

Kayak

Pagi bermula dengan kurang baik. Saya sakit perut! HAHA. Ini bukan sesuatu yang kurang normal, tapi sakit perut kali ni memang bukan normal macam selalu. BETUL! Kalau tak, takkan la saya sampai tak boleh nak tidur lepas subuh. Kalau sekali fikir, memang saya taknak dah join kayak ni, tapi sebab ini antara aktiviti yang saya nanti-nantikan, saya tabahkan hati!

Kali ni, kami berkayak di Maritim dekat Pullman. Mahal dowh, RM15! Tapi lebih murah dari kat kelab putrajaya Presint 8 tu. Sebenarnya kitorang pilih tempat ni, sebab semua orang teringin nak bawak single kayak. So terpaksa lah! The kayak is for ocean, tapi since tempat tu pun besar dan berombak, it’s reasonable jugak la dia pakai kayak jenis tu.

tak paham kenapa diorang perlu buat aksi nih?

bwh jambatan

The thing is, tempat tu memang tersangat la besarnya. Dah la semalam punya sakit berbasikal tak habih lagi. Ni pergi tambah lagi penat tangan plak. Cuaca pulak elok sangat-sangat hari ni, jadi pukul 9 pun matahari dah bersinar-sinar memancar! Memang bersedialah diri nak terbakar. Nasib baik tak migrain sebab panas sangat. Eh. Saya tak complain. Ye, saya bersyukur ni. Syukur Tuhan bagi kita matahari.

matahari yang memancar..

Penat semalam, campur pulak dengan penat mengayuh melawan ombak kecik ni, aktiviti ni banyaknya macam aktiviti terbaring di dalam kayak. Bila saya tengok balik gambar-gambar yang dah di ambil, macam-macam aksi terbaring ada. Dari adegan yang kita ingin lihat, sampai la adegan yang tak sanggup kita lihat. Uh uh uh..

aksi..

dan pelbagai gaya lain..

My Review

Rasanya, yang dekat Wetland tu la yang paling okay.

1. Shah Alam – memang murah, RM5/hour je, tapi air dia kotor dan tasik tu macam tak berjaga je. Plus, jauh sangat dowh, sampai ke Shah Alam sana.

2. Wetland – okay, view cantik, banyak pokok, murah jugak la, RM8/hour tapi takda kayak untuk single pulak. Jadi kena selalu make sure kita bawak group yang genap.

3. Maritim – cantik tu memang la cantik, ada dua jambatan kita boleh jumpa, banyak jugak bangunan yang boleh jadi latarbelakang gambar, tapi it’s a bit expensive. RM15/hour. Tapi tadi, kitorang naik dekat 2 jam, bayar sama jugak. HAHA. Sebab kitorang bayar dulu, pastu masa nak balik tu, orang yang jaga tu takde. So, nasib la. By the way, orang yang jaga kaunter tu memang selalu hilang, sibuk betul dia sampai tak boleh nak stay kat kaunter, jadi kalau tengok takda tu, amik jelah no phone kat situ and call la diorang.

4. Kelab Tasik Putrajaya – Paling mahal, RM20/hour. Jadi ahli murah, RM5/hour, tapi kena bayar yuran ahli RM50/month. Kitorang tak pernah try. View mungkin cantik, tapi rasa macam mahal sangat la.

Nanti nak try kat Tasik Titiwangsa plak.

.

Sekian. Hari ni, walaupun rasa penat gila, sakit-sakit satu badan, campur lagi dengan pening pasal dompet hilang ni, tetiba ada mood pulak nak menulis panjang-panjang.

Until then, daaa..

Regards,

~Ha~