Penuh betul my weekend schedule!

Selalu pun penuh jugak.. tapi selalunya orang lain yang tolong plan kan. Jadi.. selalu macam blur-blur aktiviti yang akan dibuat. Tapi kali ini, memang diuruskan oleh diri sendiri, dan banyak pun berkisar pasal diri sendiri. HEH.😀

Jumaat

Maintenance tu tak datang pun waktu pagi. Selepas membuat kerja-kerja rumah secara lebih kurang, saya terus ajak Along keluar lunch. Rupa-rupanya, dia akan datang selepas Jumaat. Ceh.. cakap la awal2. Tahu tak, berapa banyak kilometer saya bleh pergi pagi tu? HAHA.😀

Lunch dan shopping kat Jusco Setiawangsa, kemudian kelam kabut balik sebelum orang balik dari sembahyang Jumaat. Lepas tu, Pakcik Syukri plumber pulak datang lepas pukul 4. Balik je Pakcik Syukri, kami terus panjang langkah ke jalan TAR plak, dan lepas tu pergi Jusco Wangsa Maju. Memang manusia tak mengenal lelah betul. Sebelum balik rumah Along, kami makan kat Restoran Syed.. Syed ape tah, Syed Ali kot.

Lepas solat rumah Along, saya melawat Jusco Wangsa Maju skali lagi. Tak jemu-jemu agaknya dok pegi menziarah tempat tuh. Sebenarnya ada barang terlupa nak beli plak. Barang untuk aktiviti Esok! Ape aktiviti esok? Baca kat bawah! HAHA

Sabtu

Semalam sampai pukul berapa tah tido, pagi nih haruslah payah nak bangun kan. Tapi saya bangun jugak okay! Tapi bangun solat Subuh je. Ingat cuba gak nak bertahan, tapi tak bleh. Lagipun, kalau dipikir-pikir balik, hari ni lagi banyak tenaga diperlukan. Jadi perlu recharge tenaga sampai penuh, sebelum digunakan sepenuhnya.

Bila bangun, kelam kabut mandi, sebab in anytime Pakcik Syukri plumber n maintenance tu akan datang. Sib baik sempat mandi. Sambil kedua-dua manusia tu sedang bekerja, saya pun sibuk buat house chores lagi. WAHAHA.. orang mengemas rumah satu hari je, aku berhari-hari pun tak habis-habis lagi. Manalah taknya, buat keje tu bertemankan tv dgn internet. Macam tulah jadinya!!

Pakcik Syukri complete his task, so I rewarded him with money. HAHA. ‘Rewarded’ kebendanya.. memang pun kena bayar ye. Syukur la ade maybank2u, sebab bleh tak dalam wallet saya ada RM40 je. Ko suruh orang datang bagai, pastu ko lupa plak nak amik duit. Maintenance tu plak, agaknya memang suka kot nak datang rumah saya banyak kali. Saya suruh dia pebaik lampu, dia bagi meletup plak lampu tuh. So kena datang petang plak untuk pebaik. Nak panggil kawan la tuh. Hah.. kalau nak datang petang, kau deal la plak dengan cousin aku.

Petang, Picnic di Taman Rekreasi Air kat Presint 6, yang sebelah Pullman tu. Ni hasrat officemate, membuat pot luck dan membawa family masing-masing datang. Saya yang takda family nih, haruslah datang seorang diri.. jadi dah memang sah-sah la malas nak masak. ~malas ke ko tak reti Ha? HEHE. Dua2 sebenarnya! So saya order Pizza Hut je.

Tapi memang happening. Meriah betul dengan budak-budak. Yang single-single ni semua jadi penjaga budak-budak.

Ok malas la nak cerita. Tengok jelah gambar.


okay.. baru perasan tak letak sebarang gambar officemate pun.. jadi mana nampak meriahnya. HAHA.😀 Sorry, I intentionally don’t put any of their picture.. tapi percayalah.. kami semua seramai hampir 20 people!!

Ahad

Plan ada pertukaran skit. Tapi peserta masih sama. Dan bertambah. HEHE. Saya sebenarnya dah start malas nak menaip ni. So carita secara pendek-pendek lah.

Morning, breakfast at Old Town with crime partner hari ini, Mar.

Ingat nak edit gambar mcm kat atas.. tapi tak larat dah..

Lepas tu, gerak g IOI Mall, makan kat Seoul Garden plak. Crime partner sudah bertambah. Dari pukul 1 sampai pukul 4 ptg. Haruslah waiter kat situ dok merungut-rungut bila la diorang ni nak blah. HAHA.😀

First time ever taste korean food..
it’s a sour kimci and a salty cucumber and a balance taste of pineapple.. lucky I took the pineapple!!
while I was eating, and talking, and reading, and laughing (darn.. so many thing I was trying to do.. ) this kid was staring at me and probably wondering why..
the kid’s parents
to ‘cook’ the food..
friend of mine
another friend of mine.. eating ice cream unconciously.. eceh..

I know that my friends are waiting for this pic to be published. Relax dowh, not that pic that scared me most.. it's about social networking itself.. u know these days.. there're lot of weird ppl n stalker in fb..

after eating.. we carried this kid to the stage.. at center of the mall.. just to let this kid crawling.. like a lizard.. hahaha..
this kid (I keep calling him that.. why? Abdurrahman is his name!) was really looks like intentionally chasing me.. what was actually happened was he was chasing my hp.. uh uh uh..
the meeting ended.. Abdurrahman.. see u again!!

Habis. Jadi apa yang berubah? Ada suatu aktiviti tak dapat dijalankan. Takpe. Kita buat lain kali. Sebab plan itu dirancang sebab ingat takda aktiviti hari ni. Tapi kalau ada aktiviti gathering begini, aktiviti tu boleh dibuat di lain hari!

Regards,

~Ha~