Macam yang kamu sedia maklum, saya ter-delete file penting dalam laptop secara tak sengaja, dan terus pergi clear Recycle Bin. Memang huru-hara juga perasaannya. Masa saya mula-mula sedar tu, saya terus jadi kaku. Lepas tu saya rasa macam nak panik, tapi cuba sabarkan hati. Cepat-cepat pergi tekan Alt+Z beberapa kali, tapi macam takda apa yang berlaku. Damn! Lepas tu fikir harus cari file di semua drive. Malangnya, saya tak reti la plak nak cari file kat Window 7. Huh!

Masa tu, saya rasa dah macam sejuk satu badan. Tapi peliknya, macam ada peluh plak. Oh ya.. itu dipanggil seram sejuk kan?😀 Tapi usaha masih diteruskan. Masa tu rasa macam kebas-kebas satu badan. Kemudian saya tiba-tiba teringat yang saya memang ada click button ‘Empty Recycle Bin’. Uh.. kenapalah aku rajin sangat hari ni. Bila saya dah betul-betul realize keadaan yang sebenar, saya terus…

Menjerit!

HAHA.😀 Okay, tolong jangan bayangkan jeritan macam orang lemas nak mintak tolong tu eh. Ia cuma macam histeria saja. HAHA. Histeria di office yang sunyi sepi, kau boleh bayang macam mana kan. Nasib lah Domain Team ni memang terkenal kaki buat bising. Jadi sudah tidak menjadi kehairanan sangat lagi. HEHE.

Pertolongan cemas diperlukan. Amir cuba menjadi hero, dengan men-suggest software untuk recover file. Seharian saya mengadap laptop. Tak cukup kat office, kat rumah saya sambung lagi. Hasilnya, memang tak jumpa! Waa..😦

Saya betul-betul dilanda panik. Uh uh uh.. Tapi kuatkan semangat. Google punya google, jumpa link ni.

Bila saya download dan cuba Panda Recovery pulak, barulah berjaya. Tapi sebenarnya.. ade sikit kekurangan. Semua file nampaknya okay, kecuali file gambar. Banyak juga gambar yang tak dapat diselamatkan. So-so la. Ada yang OK, ade yang KO.

So, kalaulah anda accidentally delete file, dan kemudian ‘sesuatu’ telah merasuk anda untuk secara tiba-tiba rajin pulak nak empty recycle bin, perkara pertama anda perlu buat adalah pergi google apa yang patut anda buat. Okay, sebab saya sangat baik hati.. saya bagi link ini untuk anda baca.

Lepas tu, tepuklah dada mahu pilih software mana mahu anda guna. Lepas dah buat keputusan, pergilah download, install dan run.

Dan perkara yang paling-paling pertama yang anda perlu buat sekali sebelum semua di atas berlaku adalah..

.

PERGI BACKUP FILE KAU DALAM EXTERNAL HARD DISK, OKAY!!

.

HAHA. Pengajaran terpenting. Bukan takde hard disk. Bukannya hard disk dah penuh dengan lagu or movie pun. Eh. Macam terbagi tau pulak niat sebenar beli hard disk tu. Ehem. ~clear throat~ Tapi agaknya memang suka kot nak buat gadget jadi tukun. Jadi padanlah muka kan!

So sekarang saya nak pergi backup file dalam hard disk.

Sekian.

Regards,

~Ha~