Saya suka pagi tadi.

Kamu?

Saya rasa kamu mungkin tak suka. Sebab hari ini hari Isnin. Untuk bangkit dari semangat bercuti, dan memulakan semangat bekerja, ia bukan sesuatu yang mudah. Dan, pagi Isnin selalunya akan jadi extra jammed. Tiba-tiba saja, kereta pada pagi Isnin akan menjadi lebih banyak. Atau.. mungkin semua orang sync mahu datang pada waktu yang sama. Uh?

Tapi saya?

Saya suka pagi ini, kerana pagi ini hujan. Bukankah saya pernah bagi tahu kamu saya sangat sukakan hujan? Bukanlah hujan yang berupa ribut petir tu. Itu takda siapa pun suka. Ini hujan yang renyai-renyai, yang memberikan cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman. Wah.. seronoknya!! Mendung dan kelabu. Eh. Tu kira benda menarik ke? HEHE😀

Tapi saya tahu, ada antara kamu tentu tak suka kan. Sebab hujan akan membawa maksud basah. Dan extra jam juga. Dan kalau memandu, jarak penglihatan akan menjadi kabur. Itu sebenarnya saya pun tak suka.

Tapi..

Rasa suka pada hujan tu.. lebih mengatasi rasa-rasa yang lain!

sumber : google

Semoga hujan yang turun adalah hujan rahmat!

Regards,

~Ha~