As usual, my friends and I plan our weekend. As for this weekend, aktiviti kami hanya pada hari Sabtu. Ahad? Minggu ni, Ahad jadi personal activity.

Aktiviti bermula dengan makan di Presint 9. HAHA. Makan itu perlu ya kawan-kawan. Apa lagi kalau ia adalah sarapan. Sarapan sangat penting. Walaupun anda ingin ber-diet! Jangan skip sarapan. ~Eh, telah membuat iklan kesihatan pula.

Kemudian berkayak di Taman Tasik Shah Alam. WAHAHA, sangat lah jauh kan? Tapi tak boleh. Walaupun Putrajaya ada tempat berkayak juga. Tetap tak boleh. Apa yang tak boleh? Tak, tak boleh tukar tempat lain. Mesti kayak kat Shah Alam juga. Sebab? Itu tempat saya belajar dulu. Jadi saya mahu jalan-jalan di sana. Ia berupa tujuan serampang 14 mata. Iaitu, berkayak sambil mengimbau kenangan silam. Wah, bukan main lagi kan. Dan juga, berhajat ingin window shopping di PKNS. Dan juga berhajat mahu lunch di Seksyen 2 juga. Berhajat mahu jalan-jalan dalam UiTM juga. Berhajat  mahu main bowling. Berhajat mahu berjumpa dengan rakan.

Wah banyak betul hajat yang ingin dikecapi. Tapi berjayakah?

Korang rasa berjaya ke kalau ada pulak 2 orang lelaki sesat pun join sekali aktiviti ni? Uh uh uh. Maaf cakap, saya tensen okay. Sangat tensen. Habis plan saya! Habis! Takkanlah nak mengajak budak lelaki pergi membuat aktiviti BFF perempuan! Haish..

Eh. Tadi kita tengah cerita pasal kayak kan. HAHA. Sekejapan je boleh ter-distract pulak. Salahkan Pyan. Eh. Pyan lagi. Balik-balik cerita budak ni. Apakah nama dia akan constantly naik di blog ni. Tak boleh jadi ni. Nanti orang google dan masuk blog saya sebab nak baca cerita pasal Pyan. Mana boleh!

Jadi, kita cerita pasal kayak. Bukan kaya ye. Kalau berkayak boleh buat kita jadi kaya, saya pun suka! Tapi tak. Kita tidak akan mendapat atau menjadi kaya. Kita cuma akan mendapat penat saja. Dan mungkin muscle di tangan. So pagi tadi, muncullah 6 orang budak ‘masuk air’ di Taman Tasik Shah Alam.  Apa maksud ‘masuk air’? Ntah, saya pun baru je jumpa term ni.

2 buah kayak..

tengah tengok burung-burung.. korang nampak ke? mcm kecik sgt plak..

nah.. amik! kalo tak nampak lagi.. tak tau la..

ni crime partner saya hari ni.. sebenarnya dia tengah cuak tu.. takut kayak terbalik. Apakah.. badan je besar.. takut bot terbalik!

Berkayak ini perlu kerjasama dan persefahaman. Dan mungkin juga sedikit pengetahuan dan pengalaman. Tapi tadi aktiviti kayak memang huru-hara. Mana taknya, orang berkayak ke depan. Kami berkayak secara zig zag. Sekejap tengok kami di kiri tasik. Sekejap lagi di kanan. Hairan betul. Saya pun hairan juga. Saya dah lupa skill lah agaknya! Mungkin sebab dah 5 tahun tinggal aktiviti ni. Dulu saya teror, kayak secara pejam mata pun boleh. HAHA. Tipu je, saya exaggerate!

Lepas kayak 1 jam, semua orang pun lapar. So, Nandos jadi pilihan. Nampak tak, impian saya nak makan di Seksyen 2 terbengkalai. Tu yang saya malas tu. Takpe, ade ubi ada batas. Lain kali saya datang lagi. Eh.

Lepas makan, berniat nak main bowling pula di Plaza Alam Sentral (PAS). Tapi.. dah penuh. Saya sebenarnya malas nak main bowling, jadi berita tu saya sambut dengan perasaan yang sungguh gembira. WAHAHA. So berjalan-jalan lah kami di dalam PAS tu. Saya sempat beli 4 helai tudung. HAHA. Sungguh gembira ye kau Ha menghabiskan duit. Err.. maaf.

Saya ingat, aktiviti bowling dah tak jadi. Rupanya diorang nak pergi Seksyen 18 pulak. What?? Huhuhu.. dengan berat hati saya pergilah. Sambil tu macam pikir-pikir macam mana nak mengelat tak payah main. Jadi musnahlah harapan nak pergi PKNS, jalan-jalan dalam UiTM dan segala impian. Seperti yang saya cakap tadi, saya berazam akan balas lain kali!

Sampai Seksyen 18, apa tah nama tempat tu, kami pun terus cari tempat bowling tu. Lepas solat, pergi main game machine dulu sebelum main bowling. Saya sebenarnya lebih rela main game mechine dari main bowling. HEHE. Tapi saya tengok orang lain semua tak minat. Blerrrgghhh.. Maka terpaksalah teruskan niat kawan-kawan nak main bowling. Saya bukan apa, saya rasa bowling ni bukanlah game yang best sangat. Alah, apalah sangat game yang kau asyik-asyik baling bola kat pin. Kan?

~Padahalnya saya taknak main sebab saya tak reti main. HAHA. Bencilah aku main kalau asyik masuk longkang je. Sepatutnya diorang buat game siapa boleh baling bola masuk longkang, barulah interesting, kan?

Tapi dalam tak suka-suka pun, saya main untuk 2 orang, sebab Mar punya tak suka lagi lah teruk. Dia cuma baling 4 kali saja, lepas tu dah terus lesap g shopping kat bawah. Hampeh!!

Balik dari main bowling, makan dulu kat Kopitiam Pak Li sebelum balik. Kedai memang cantik, tapi makanan bagi saya tak best sangat. Dengan appetite saya yang dah berkurang ni, nak habiskan sepinggan kuew teow tersangat lah terseksanya.

Pak Li Kopitiam

Malam, tengok teater ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’ kat DBP. Letih aktiviti siang agaknya, nyaris-nyaris nak terlelap.

dah nak habis baru teringat nak amik gambar.. nasib baik sempat!

Begitulah, my full pack activities for today. Esok, ada beberapa rancangan, tapi kita tengoklah rancangan tu jadi ke tak, eh?

Regards,

~Ha~