Semalam tak sempat nak update bersama gambar. Malah, ada beberapa cerita pun dah terlupa nak cerita.

Office

Baru saya ingat, selain kerja, di office juga dipenuhi dengan aktiviti makan-makan. Maklumlah, dah lama tak pulang ke pangkal jalan, jadi bila sudah sampai office, semua tempat kunjungan tetap suatu ketika dulu, perlu re-visit! Seperti..

Jaring

Nama kedai ini Jaring. Di Area LDP, nak ke arah Puchong dari arah PJ, sebelum tol. Kalau guna federal highway, masuk exit ke LDP, kemudian terus amik lane kiri dan buat U turn. Lepas tu terus masuk kiri. Pastu kamu carilah sendiri kedai makan Jarng. HAHA.😀 Sungguh malas tau saya nak terangkan lagi. Kalau kamu semua teringin sangat nak pergi, roger saya. Nanti saya tolong lukis peta.

Ia menjual macam-macam makanan. Oleh sebab pergi waktu lunch, maka penuh lah makanan lunch. Tapi ia juga ada desert. Macam bubur. Uhh.. bubur jagung, pengat pisang, bubur kacang dan macam-macam lah. Sehingga hampir tamak saya disitu.

Ada juga benda-benda lain, macam cucur udang, ABC, sup-sup dan macam-macam lagi lah. Baiklah, jangan tanya lagi, kamu pergi sekarang!!

Little Taiwan

Sebenarnya, tak pasti juga ini nama kedai tu. Saya pinjam nama kedai yang ada kat shopping complex tu, sebab dia menjual benda yang sama. Iaitu, bubble tea. Dan ohh.. ia sangat sedap. Walaupun selepas tu saya dengar bubble tea tu mungkin ada benda yang tak baik untuk kesihatan, sebab ia berasal dari Taiwan. Nanti kamu semua tolong google untuk saya ye? HEHE.

Kedai ni terletak sebelah Jaring tu je. Jadi, kalau kamu jumpa Jaring, kamu akan jumpa kedai bubble tea ni. Dan bubble tea yang ini memang sangat sedap. Sluuppp.. eh.. terbuat bunyi plak!

Acara makan lain dah tak ingat la pulak. Tapi sepanjang minggu lepas, memang penuh la meja saya dengan bahan makanan. Anda tak percaya? Tengok ni..

Dan saya bercadang nak cuba Wondermilk pulak, ia terletak somewhere dekat PJ ni. Dekat dengan TTDI kalau tak silap saya masa baca peta hari tu. Nantikan rumusan saya ia.

Chilling and Camping

Semalam tak sempat nak cerita secara detail. Pagi-pagi Sabtu dan bertolak ke Kuala Kubu Bharu (KKB). Nak pergi air terjun Chilling tu, kena jalan masuk hutan sampai setengah jam juga. Tapi hasilnya memang terbaik. Eh. Lupa nak citer. Sebelum tu kitorang singgah kat dam dulu.

ini dam

ini org2 yang melawat di dam itu dlm keadaan panas terik..

dan bila orang-orang ini telah leka mengambil gambar..

lalu mereka pun menghiburkan hati sendiri dengan pelbagai aksi..

akhir sekali.. mereka pun membuat aksi terapung..

Okey.. banyak sangat la plak gambar kat dam ni. Gambar chilling plak.

Pulang, camping kat area entrance chilling. Kemudian acara masak-masak. Macam biasa, kalau masak-masak ni, saya akan back off. Bak kata orang, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Ada chef Pae Tung Tang Tung Tang.. hhaihh.. jangan buat pasal. Cara-cara camping pun, satu hidangan spegetti dan BBQ ayam dan daging tersedia.

spegeti yg sangat sedap..

BBQ in the making..

kawasan camping..

Malam, acara main game card. Ia memang sesuatu yang melucukan sebab semua tak reti sangat, tapi cuba-cuba nak tunjuk pandai. Akhirnya, ada yang cuba cekik diri sendiri, cuba letak parang di tepi, mengamuk macam budak-budak, dan hampir-hampir nak mengamuk sebab nak kalah! HAHA..😀

* pengajaran: daun terup memang tak elok di main tanpa pengawasan.

Bukit Kutu

Apa lagi nak cerita. Rasa macam dah cerita semua. Naik dengan penat. Turun pun dengan penat. Satu hari suntuk tak mandi. Dah la tinggi. Jauh pulak tu. Puncak dia pun sangat menggayatkan hati! Aiseh.. rasa tak datang untuk kali kedua.

di puncak.. yg paling gayat..

er.. nk komen ape eh.. macam bagus je mamat nih.. HAHA. gila diskriminasi.. nasib la!

di jambatan yg mencemaskan.. korang nampak budak kecik kt belakang tu.. dasyat!

Kalau datang pun, saya nak buat aktiviti water rafting la pulak kat sini!

Workshop

Ini berupa aktiviti kerja. Saya baru pulang dari Bukit Jalil Golf Club. Ia berlangsung 3 hari, dan ini hari terakhir. Dan saya menumpang tidur di rumah Pae.

Menjadi fasilitator pada doktor-doktor ni memang memeningkan kepala. Ntah kenapa, group saya pulak tu yang paling havoc. Apakah diorg nih? Kadang-kadang terpaksa berlakon pandai, walaupun memang pun pandai sebenarnya. HAHA.😀 Nasiblah diorang ni percaya dengan saya, tapi kadang-kadang saya surrender jugak. Haihh.. manalah saya nak tahu sangat pasal chemotherapy.

Melawat Cik Jaizah

Acara ini sebenarnya berlaku secara tak sengaja. Ada satu malam tu, saya keluar dengan Ninie, officemate saya. Bila pulang, semua orang tak ada dirumah. Rupa-rupanya, Pae pegi senamrobik, Kak Ila pulak pegi gym. Malas saya nak duduk-duduk tunggu diorang, saya pun ke rumah Jaizah.

Lepas tu bawak pulak Cik Jaizah ni pergi makan di mamak double. Saya kan memang suka bawak kawan-kawan keluar makna, tak gitu cik kawan baik?

Futsal

Ini terjadi semalam. Pae dan kawan-kawan senamrobik-nya invite saya join. Oh.. macam dah 3 tahun tak main futsal, haruslah hampeh cara aku sepak bola! Macam dah lupa cara sepak bola. Jadi saya terus pilih jadi pertahanan.

Game ni agak santai, tapi standard la main dengan perempuan. Semua orang berebut bola, hatta sesama team. HAHA. Dan banyak la adegan-adegan buat rule sendiri. Biarlah.. nama pun acara santai.

Tapi yang heran, pencuri tumpuan masih muncul lagi. Aiseh.. hebat btul dia nih. Tanpa pass through Pae pun dia berjaya mendapat jemputan. Haihh.. saya surrender la ngan budak Pyan nih!

.

Dengan aktiviti-aktiviti ini, hasilnya badan saya sakit-sakit sampai sekarang. Hasilnya, sudah 2 kali saya tertidur sewaktu workshop, dekat kerusi orang hisap rokok. Hasilnya, saya asyik rasa tak cukup tidur saja. Uh uh uh.. ~tapi, saya tetap rasa gembira!

Baiklah. Itu saja ulasan saya.

Regards,

~Ha~