Uish.. memang agak lama betul  tak update. Mari update sedikit.

Macam-macam perkara jadi sepanjang 2 minggu ni. Tapi reason tak dapat update tentulah sebab dah dapat task baru. Uh uh uh.. Jadi marilah meng-update secara.. err.. banyak!

Birthday Iman

Itu terjadi Sabtu minggu lepas. Yang saya update gambar tu masa last entry. Iman adalah anak saudara Pae. Saya telah dijemput oleh Pae (kenapa Pae jemput datang birthday anak abang dia pun takda pasti. Bukannya anak dia pun.. bukannya dia tinggal ngn abang dia pun.. uh uh uh.. nampak sangat la kan selalu menyibuk di family dia!). Makan secara labih kurang. Ber-sosial secara lebih kurang. Main dengan anak-anak buat Pae secara lebih kurang. Kemudian pulang!

Bukit Gasing

Ia terjadi pada Hari Ahad minggu lepas. Ini bukan acara kawan-kawan saya. Ia cuma acara kawan-kawan senamrobik Pae. Tapi telah menjoinkan diri sebab takda aktiviti nak buat di rumah. Itu pun dah hampir separuh boring saya di rumah Sabtu tu. Jadi boleh bayangkan aktiviti apa yang saya akan buat pada hari Ahad. Haruslah akan menidurkan diri, tada mahu pegi buat apa pun, hatta makan!

Berbalik cerita Bukit Gasing, sebab ini acara kawan-kawan Pae, fokus adalah kepada mereka jua. Saya? Merasa lebih baik menjadi cameraman. Eh. Camerawoman. Tapi ada seorang lagi penyibuk seperti saya. Dan dia telah mencuri lamp light hari itu juga. Semua orang asyik puji-puji dia hensem. Sampai mahu jadi menantu. Uhh..?? Kakak-kakak sekalian.. walaupun Pyan tu bukan la cantik sangat.. tapi kalo akak rasa cantik pun, janganlah memandang luaran. HAHA. Apakah saya nih? Jeles kah? Oh.. tak kuasa! Amik la budak Pyan tu buat menantu pun. Takda saya kisah. Saya cuma risau kakak tu akan kecewa di kemudian hari. HAHA.😀

Weekdays

Errm.. telah menahan diri untuk keluar malam. Eh. Kejap mahu pikir sekali lagi. Betulkan saya tak keluar malam? Errmm.. okeh. Saya pasti saya tak keluar malam!

Aktiviti di office banyak lah. Tapi tak payah ceritalah!

Jumaat malam

Pick Mari Chan di rumah dia, terus pegi rumah Jaizah. Kemudian seperti biasa, acara makan malam dengan Pae.

Sabtu

Chilling di Kuala Kubu Baru. Dan terus berkemah di sana.

Ahad

Naik Bukit Kutu. Ini kan.. saya memang geram betul dengan Pyan. Okeh. Saya rasa saya patut kurangkan nama dia dalam blog ni. Telah menjadi glemer decara tiba-tiba pula. Sebab apa saya geram? Sebab Bukit Kutu itu sangat tinggi dan sangat jauh. Ahh.. sangat penat okeh!! Sangat penat! Kenapa kau tak cakap Pyan tempat ini sangat tinggi, lebih tinggi dari Gunung Datuk. Merentasi 3 bukit perjalanan dia tahu, 3 bukit!!

Tapi dasar manusia tak tahu serik, digagahkan jua kaki melangkah. Macam lah kalau naik tu dapat hadiah. Dan akhirnya sampai!

Eh.. bateri laptop dah nak habis. Nantilah kita sambung lagi.

Daa..

Regards,

~Ha~