Selamat Malam!!

Eh.

Selamat Pagi!! ~dah pukul 12.18 pagi dah rupanya. Dah masuk hari lain dah pun.

Dah nak tidur dah sebenarnya. Tapi sebelum tidur, saya nak update sesuatu.

Tadi saya rasa amat gembira. Bukan saja sebab bos dan consultant takde sepanjang hari. Tapi oleh sebab entri sedih saya hari tu, ramai yang telah bersimpati dan sudi menghulur bantuan. HEHE. Jadi hari ini, saya dah dapat keluar dengan seorang rakan baik. Dan rakan baik ini telah membawa berita gembira yang sampai sekarang buat saya tersenyum-senyum. Heh!😀

Jadi terima kasih saya ucapkan buat rakan baik. Maaf, nama anda tak boleh di-reveal lagi. Mungkin pada suatu hari nanti, nama saya akan reveal nama anda. HAHA.😀

Tadi kami makan di restoran Mohd Chan Abdullah, kedai makan cina muslim. Alamak, habislah! Amik karbo di waktu malam. Memang amalan keluar malam ni patut dihentikan. Tapi itu tak bermakna saya tak gembira tadi. Wantan mee masuk ke dalam perut tanpa sempat di ambil gambar. Bila dah habis barulah teringat. Aiseh!

Oh.. tentang berita gembira! Saya rasa macam sangat gembira sebenarnya. Sebab saya rasa tiba-tiba semak dalam otak saya sudah berkurang. Sebab saya tahu, tak lama lagi benda yang merimaskan itu akan pergi. ‘Benda’? HAHA. Ntah lah. Biarlah saya cakap ia benda. Penerangan yang terlalu jitu bakal membuka pekung di dada. HAHA. Apakah aku nih?

Dan tak lama lagi.. kalaulah sungguh bagai di kata, dan semuanya berjalan lancar, yang nombor 4 akan jadi 3. HAHA.😀

Saya tahu entri kali ni macam tak ketahuan hala. Lagipun saya fikir, jangan gembira dulu. Manalah tahu, walaupun banyak update recently, tapi kalau ia masih datang mengganggu, saya terpaksa bersabar lagi. Mungkin saya perlu asah bakat lakonan. Sungguh. Saya ini sangat transparent! Dan itu bukan suatu kelebihan. HUHU.😦

p/s: maaf jika anda ada masalah memahami entri kali ini.

Regards,

~Ha~