Uhh.. boring btul hari ni. Bos takde. Eh. Tu tak boring. Tu saya suka.😀 Boring sebab keja tak ada. Eh. Ada. Tapi tak urgent. Kerja yang ada kena membaca. Hadoi.. membaca ni memerlukan mood. Kalau tak, boleh baca sajalah. Tapi tak masuk otak.

Agaknya, macam nilah perasaan Jaizah bila dia kata macam nak tukar kerja sebab takda kerja. Haihh.. betul-betul bosan ni. Nak baca blog pun macam tak mood gak, sebab ni kat office. Macam ada perasaan bersalah skit. Heh. Pelik tu. Bila plak pernah rasa bersalah ni.

Balik KL pun macam boring jugak la lately ni. Mungkin rumah baru, macam belum ‘in’ sangat lagi. Asyik tengok tv je. Nak masak pun tak best. Macam takde mood. ‘Barang’ sendiri banyak takda lagi. Bilik pun masih huru hara. Bila weh nak siap pasang almari nih. Nak siap cantik-cantik.

Dan saya pun selalu jugak lost sendiri. Nak keluar pun tatau dengan siapa. Dulu bleh gak ajak housemate. Sekarang dok dengan cousin susah la plak. Cousin saya sangat la workaholic. Pukul 8 malam baru balik kerja. Nak ajak yang single-single keluar pun, mana tah diorang ni. Kemanakah kawan-kawan saya yang single? Macam tak dapat di kenal pasti. Atau saya kah yang sangat energetic nak keluar malam-malam weekdays?

Hoi.. dulu nak sangat balik KL. Bila dah balik KL, mengeluh boring pulak! Apa nak jadi ni HA??

Baiklah. Saya insaf. Marilah kita pergi menyusun jadual kerja dan jadual di rumah.

Life is not about hang out with friends only, okay Ha?

Okey!!

Regards,

~Ha~