Tadi masa kat Jusco, ada sorang lelaki ni beratur belakang saya, dengan anak-anak dia I guess. Lepas tu dia cakap kat saya,

“Kakak, beratur depan skit, nanti orang kat belakang ni potong queue saya”

Saya macam clueless. Okay…

Lepas tu, kaunter kitorang beratur tu macam ada problem. So everybody start moving to another counter. Saya pulak moving lambat skit, so dah pegi beratur belakang dia. Tiba-tiba lelaki ni cakap..

“Kakak, duduk depan la. Kak Long, kasi makcik ni dok depan”

Huh??

Baiklah, saya terus insaf. Apakah aku kelihatan macam makcik-makcik kepada lelaki yang berusia 40 something ni? Anak dia tu pun aku tengok dah macam nearly 20th. Pakcik ni memang nak kena pukul agaknya? Saya ni sangat ‘kakak’ ke dengan dia. Baik kau pergi cermin sekarang siapa lebih banyak kedutan.

HAHAH.😀

Sebenarnya.. saya nak gelak besar masa tu. Takdelah nak marah sangat. I mean, takkan kau nak marah orang yang anggap kau dah tua. Memang saya dah dewasa pun. ~HAHA.. Cuba menukar pertaaan tua kepada dewasa.😉 Cuma macam sedikit hairan bila lelaki tu panggil saya kakak. Takkanlah saya nampak begitu tua dari dia. Macam tak logik je. Saya tengok juga pakcik tu atas bawah, kemudian compare dengan diri saya. Rasanya, kalau saya jadi isteri dia pun, orang mesti ingat saya mak tiri kepada anak-anak dia. Macam sangat tak sesuai tau saya jadi mak budak-budak tu. Jadi macam mana dia bleh ingat saya lagi tua dari dia? HAHA.😀

Baiklah. Kita maafkanlah dia. Mungkin dia ada masalah mata.

Regards,

~Ha~