Hoi hoi.. korang tau tak dekat setengah jam saya duduk depan entri blog ni tak bertulis. Sangat lembab tau hari ni. Memang betul la agaknya. Tadi masa kat office, rasa macam ada benda nak tulis. Tapi bila sampai rumah, dah tenang-tenang lepas mandi dan sedang tengok tv, jadi blank la plak. Ni pun memaksa diri menulis. Nampak tak arah penulisan ni, menulis tentang ketiadaan idea menulis blog.

Pikir Ha pikir.. ~hey.. kau kenapa? Kalau takde idea tak payah la bersusah payah menulis. Macam nak kejar date line plak nak kena paksa-paksa bagai nak tulis blog!

HEHE.. Sebenarnya, saya tengah boring ni! Nak surfing pun macam tak tahu nak surfing apa. Jadi selalunya saya akan tulis blog. Tapi nak tulis apa kalau tatau nak tulis apa. Baiklah, mari hentikan cakap-cakap tentang tak ada idea ni. Saya percaya kalau asyik dok baca pasal ni, anda pun akan kehilangan idea tak lama lagi.

Mari kita imbas kembali cerita di office. Oh.. dah ingat apa nak cerita! Semalam sangap bukan? Hari ni jangan harap lah! Nak nak kalau bos dah terpacak kat opis pukul 8 pagi lagi. Bagus tak kitorang? Bos datang lagi awal dari kitorang. Apa boleh buat. Bos kitorang skema. Dia penah keja dengan kerajaan. Dah biasa datang keja pukul 8 pagi. Biar kat dia. Kalau dia nak datang pukul 8 pagi, biar dia datang pukul 8 pagi. Usah ditegur. Usah di ganggu kebahagiaan dia. Walaupun opis masuk pukul 8.30 pagi. Kang tak memasal kitorang plak dipaksa datang pukul 8 pagi sekali. HAHA.

Pagi-pagi, dapat task tengok plan bangunan for next project. Wah, terus ditimpa perasaan telah menjadi seorang architect! Siap request team mate upload gambar dalam fb. Sungguh tak bleh blah!😀

Petang, meeting! Okay.. ni pun satu lagi habit terbaik bos saya. Iaitu kerap membuat meeting! Kalau duduk kat opis ni, dan bos pulak ada disekitar kami, maka boleh jadi pagi petang kerja kami adalah bermeeting. So, outcome meeting petang ni adalah.. HAH? Banyaknyaaa projek nak kena handle pasni!!

Ape nih? Ape nih? Okay.. bukan tak bersyukur, tapi.. Adeh. Sukar nak dijelaskan tanpa penjelasan dengan panjang lebar!

~Jangan. Cerita pendek-pendek saja!

Baiklah. Kalau banyak projek, tiadalah masa senggang. Nanti susahlah nak bercuti dan membuat aktiviti. Itu belum mengambil kira tekanan perasaan yang bakal dialami.

Banyak sangat ke?

Boleh tahan la. 2 on going project, sebab tak FAT lagi, jadi harus buat close monitoring. 1 project bantuan, membantu team lain, yang kemudiannya bos pesan jangan buat perangai macam nak buat lawatan saja. Harus pandai bawa diri dan get involve. Oh my oh may! Dan last but not least, 3 more coming project, yang harus bermula dari scratch. Uh uh..

Dah la.. Bila pikir pasal kerja, mesti rasa tertekan. Cubalah kan pikir dari sudut positif.

Baiklah, saya insaf. (-_-“)

Untungnya, semuanya berlaku di sekitar Lembah Klang. Ada satu project tu, kat Wangsa Maju je. Aiseh, dekat gila ngan rumah. Memang best kalau pegi keja nih!

Okaylah.. itu saja.

Regards,

~Ha~