Saya kat office ni.

~Uh.. tengok tajuk pun dah tahu lah!

Okay.. tapi nak bagitau sesuatu ni.

~Apa dia?

Asal masuk office je, banyak pulak idea nak tulis blog.

~La.. tu pun kat dah tulis kat tajuk tadi?

Uhh.. pastu nak tulis apa?

~Tulis la kenapa kau rasa camtu?

Ermm.. Tulis apa buat hari ni lah.

~@#$%^&*!!

Okay Okay..

Memulakan hari dengan gembira hari ni. HAHA. (Tetap nak cerita pasal hari ni jugak!). Maklumlah, dah lama gila tak masuk office. Tiba-tiba cari bekas air tak jumpa pulak. Dah tak ingat pernah bawak outstation ke tak. Tengok-tengok hari ni dapat bekas air baru. Ohh.. sangat impresive. Memang terbaik lah. Walaupun kecik skit.

Paling suka, part tag nama.

Habis cerita satu pagi.

Lunch, pegi digimall. Tak lunch pun sebenarnya. Hantar phone pegi workshop. Harap-harap dapat dibaiki. Sangat sayang handphone tu.

Petang.. dah boring. Maka, bila boring, selalu la akan ter-generate idea pelik-pelik untuk tulis dalam blog. HAHA. Itulah sebenarnya. Bukan idea pun sebenarnya. Lebih kepada mood nak tulis blog. Padahal idea ntah hapa-hapa.

Kalau camni seminggu kat office, mau sangap juga. Dah la facebook kena block, you tube pun sama. Takkan hari-hari nak update blog je kejanya!

Regards,

~Ha~