Selesai lah sudah aktiviti ber-ekspidisi! Sekarang masa untuk berehat. Dah bantai tidur 2 jam lebih tadi, tapi rasa masih tak cukup. Mood pun sebenarnya tak brape nak ada.

Agak pelik jugak lately ni, mood menjadi agak huru-hara. Tapi tak brape sempat nak siasat pulak. Biarlah dia. Harap dia ‘baik’ sendiri!

Mari cerita tentang aktiviti secara dengan sangat ringkas!

  • Bertolak dari KL ke KT pagi Sabtu lepas. Belum habis lelah, malam tu dah berjalan-jalan pulak kat sekitar KT.
  • Ahad pula pergi kenduri Dy di Kelantan. Balik dari kenduri, singgah pulak ke Pengkalan Kubur. Emosi pun macam dah terganggu skit, maklumlah ada kejadian-kejadian tak diingini terjadi plak. Ape nak buat.. Sampai ke malam pun tak habis lagi aktiviti. Maklumlah, perut harus juga diisi. 1 pagi baru lah nampak homestay.
  • Isnin, hantar Nana register. Kemudian melawat Mydin pulak, cari barang keperluan di Nana nih. Balik dari hantar Nana balik kolej, melawat Pasar Payang pula. Pukul 6 barulah nak bergerak balik ke KL. Tau sajalah jalan di Terengganu, mana ada highway. Konvoi adalah perkara yang paling tak best, nak pulak kalau yang mengikut memang tak tahu jalan. Akhirnya sampai ke KL tak dapat berkonvoi. Mula-mula kami di depan. Bila tunggu di R&R, kami pulak tertinggal di belakang. Kemudian acara mencari orang yang sesat pulak, sampai ke Selayang sesatnya. Pukul 2 pagi barulah nak makan malam. Lepas hantar adik ke Cheras, 4 pagi barulah nampak rumah.
  • Tugas terakhir hari ini, hantar family sampai tol Sungai Buloh. Itupun masih fail. Sebab tak follow betul-betul, akhirnya kereta terlepas simpang. Sekarang diorang balik ikut jalan dalam je.

Baiklah. Cukup setakat itu. Lain kali kita cerita lagi. Dy, sori.. mood aku kurang baik hari tu. Ada ‘sesuatu’ berlaku!

Regards,

~Ha~