Tags

Menguruskan keluarga memang bukan perkara yang senang. Memerlukan kesabaran yang tinggi, perancangan yang rapi dan duit yang banyak. Uh?

Itulah. Panjang ceritanya. Mari kita pendekkan. Siapa yang nak dengar cerita panjang-panjang kan? Kalau nak baca karangan panjang-panjang, lebih baik pergi baca novel. ~Apa kau merepek nih? cerita cepat!!

Baiklah. Sepatutnya, saya mahu ke Terengganu hari ini, selepas maghrib. Bersama keluarga. Dan berkonvoi bersama rakan-rakan. 2 kereta. Saya membawa parents saya, adik saya yang akan masuk UniSZA dan adik paling bongsu.

Itu plan sepatutnyalah..

Tapi.. bonda saya yang tercinta telah membuat perancangan yang telah berpusing 360 darjah. Iaitu, telah mengajak kesemua adik-adik saya ikut dalam ekspidisi kali ini. Maka sekarang sudah ada 2 kereta dan 7 sekeluarga datang ke Terengganu. Ia termasuk abah, mak, Nurul yang akan naik bas dari Penang pukul 4 ptg nanti, Mat yang belajar di Master Skill dan akan ponteng kelas Isnin ni, Nana yang akan register UniSZA dan Yan, adik saya yang tengah cuti sekolah. Oh.. dan saya juga, orang yang tengah bengang sekarang.

Plan ini saya baru sekejap tadi. Lebih kurang 2 jam yang lepas.Ini bermakna, saya terpaksa.. tukar balik keluruhan perancangan tadi.

Tadi, dengan kelam kabutnya, telah calling-calling orang di Terengganu, cari hotel atau homestay. Kalau minggu biasa, ia bukan suatu masalah yang besar, tapi ini adalah minggu cuti sekolah. Dan sangat last minute. Memang semauanya penih. Setelah pening call sana sini, akhirnya terpaksa tumpang homestay kawan-kawan saya. Duduklah 10 orang dalam rumah kecil 3 bilik. Harap-harap rumah tu tak kecil sangat.

Kemudian terpaksa cancel plan berkonvoi. Takkanlah abah saya baru drive dari Perak hari ini, dan kemudian malam nak drive lagi malam ni. Ini bukan kerja main-main. Perjalanan yang sangat jauh dan mem-penatkan. Apatah lagi drive di waktu malam. Esok pagi sajalah bergerak. Nasiblah saya memang awal-awal dan cancel plan nak pergi kenduri kat Terengganu.

Dan sebaik saja sampai ke Terengganu, perlu cepat-cepat cari tiket bas dari Terengganu ke Penang untuk adik saya. Ini pun mak saya lah punya angkara ni. Sama ada dia sudah salah paham, atau assume Nurul tu dah paham, dia tak cerita yang Nana akan register pada 6hb, iaitu Isnin. Padahal di Nurul pun perlu kerja Isnin petang. Uh uh uh.. jadi kelam kabut la pulak nak cari tiket bas nanti ni. Iskh iskh iskh..

Sekarang saya terpaksa menyediakan sejumlah duit untuk perbelanjaan mereka pula. Sebab saya dah cakap dengan mak saya, kalau mereka datang, saya akan tanggung perbelanjaan mereka. Baiklah. Siapa suruh pergi berjanji kan? Harap cukuplah duit saya. Kalau tak kita keluarkan semua duit yang ada dalam bank. HAHA. Takdelah. Takkanlah begitu banyak duit akan habis kan. ~Tapi agak merisaukan juga lah.

Sekarang nak kene pergi cari no phone cousin saya pula. Tuan rumah perlu diberitahu akan kehadiran tetamu. Harap-harap Yang tak terkejut la. No ni pun satu hal. Sebab phone masih rosak.. satu no pun takda. Nak contact through fb pun, rasanya mesti dia tak bukak fb time office hour. Aiseh.. takpe.. usaha perlu diberikan juga!

Akhir skali, perlu kemas rumah. Perlu sediakan keperluan asas buat semua orang untuk malam ni.

Baiklah. Itu saja update saya hari ini. Sekian.

Regards,

~Ha~