Tags

Ntah saya pernah ceritakan ke tidak. Tapi masa beli kereta tahun lepas, saya macam berasa sangat hairan sekali. Sebab? Sebab membeli kereta kelihatan sangat senang, tersangat-sangat lah senangnya.. sampai rasa kalau suruh saya beli ikan kat pasar pun lagi susah dari beli kereta.

Seingat saya, saya pegi beli majalah, tengok offer and promotion + hadiah percuma paling menarik, call orang tu, tanya alamat kedai kereta tu, then pegi sana and book kereta pakai air liur je. Sebulan lepas tu, dia call saya suruh datang, saya sign beberapa keping kertas, serah duit down payment dan tadaaa.. saya sudah memiliki sebiji kereta.

Walaupun technically speaking, memanglah membeli kereta tu lebih susah dari membeli ikan, yang saya maksudkan di sini ialah, nilai sebiji kereta dengan effort yang saya keluarkan memang tak berpatutan langsung, berbanding kalau saya membeli ikan di pasar.

Perlu pergi ke pasar, sudah la berbau busuk dan hanyir, kena jaga-jaga masa jalan dalam pasar, takut air ikan terpercik kena baju, lepas tu kena pandai pilih ikan, kalau salah pilih dapat ikan yang tak fresh. Tak fresh maka tak sedap lah. Kalau tak puas hati satu kedai, perlu pergi kedai yang lain plak. Lepas dah puas hati, barulah harga ikan di bayar.

Baiklah.. mari hentikan analogi dari menjadi lebih panjang lebar, nanti korang termuntah plak baca, terus tak sempat baca tujuan asal entri ni.

Jadi memang patutlah saya berasa hairan yang teramat sangat bila kereta yang mahal tu dibeli dengan cara yang sangat mudah, kecuali selepas tulah, saya mengalami kesusahan kerana secara tiba-tiba memiliki hutang berpuluh ribu ringgit! Itu pun, dibayar secara tolak dari account bank.

Setahun selepas itu..

Saya tengah memandu ke Temerloh. Tengah bercerita dengan Kak Mas pasal kereta. Tiba-tiba, saya teringat sesuatu. Bila saya minta Kak Mas check, baru saya perasan, road tax dah mati 23 May lepas. Habislah! Masa tu, lagi 10 minit lagi nak sampai town Temerloh! Lepas bincang dengan Kak Mas, terus pegi cari Pejabat Pos, nak renew road tax. Lepas tu baru tau, nak renew road tax kena ada geran.

Nak renew guna MyEg, baru tau kena renew insuran dulu. Nak renew insuran, baru perasan tak tau insuran apa pakai. Main agak-agak je. Bila ada member saya suruh guna ajen, ajen cakap dia perlu geran, atau at least nak tau maklumat dalam geran tu. Memang tak lah..

Rupanya.. patutlah senang je urusan saya. Semua ajen buat. Saya tinggal sign itu ini je. Sekarang, barulah tau banyak benda yang saya take for granted. Terasa diri sungguh hampeh! Sampai orang bank tu tanya saya amik loan dekat cawangan mana pun saya tak bleh jawab! Adeh..!! Yang sebenarnya, geran tu pun saya tak tau ape. Tapi saya agak mestilah fail yang saya dapat masa amik kereta hari tu.

Lepas ni.. saya takkan amik mudah semua benda. Perlu ambil tahu. Walaupun kawan saya suruh saya call saja kawan dia, minta uruskan semua, tapi kalau boleh, saya tak nak buat macam tu. Saya nak pergi call sendiri Maybank, lepas tu minta dia fax salinan geran kat sana. Saya sendiri nak pegang salinan geran tu. Saya nak tau apa benda geran tu. Saya nak apa yang tulis dalam geran tu. Dan segala pasal geran tu.. ~lepas ni aku bleh la jadi ajen kereta plak. Ahaks..

Kejadian di Highway

Kejadian ni berlaku tadi sebelum saya sedar road tax dah mati.

Seperti biasa, saya membawa dengan kadar yang dipanggil suam-suam milo. Laju, tapi takdelah laju sampai 140km/j. Jalan selekoh-selokoh dan banyak kereta, haruslah bawak dengan kadar biasa. Tiba-tiba satu Honda, tak cam plak model, Civic kot, mencucuk dari belakang. Mari kita nama kan dia sebagai CBM. Memanglah nak bagi laluan, tapi banyak plak kereta kat kiri kanan. Tapi CBM ni cam tak paham-paham plak.

Akhirnya, saya bagi laluan kat dia. CBM pun memecut dengan jayanya. Lantak kamulah. Asal kamu bahagia. Saya masih mengekalkan kelajuan biasa. Kalau ade keta slow, saya potong. Kalai ada keta laju, saya bagi laluan. Tak lama lepas tu, saya jumpa balik CBM tu. Tapi bila saya sampai je dekat dia, tiba-tiba je dia memecut. Ia terjadi banyak kali, bila kami datang dia laju sampai hilang dari pandangan, tapi lepas tu kami jumpa balik dia.

Baiklah, saya tak plan apa-apa. Saya tak plan nak kejar, saya tak plan nak tengok orang tu siapa, saya tak plan nak cabar orang tu pun. Ia secara tidak di sedari, mengikut CBM itu dari belakang. Membawa seperti biasa saja. Cuma kejadian ni macam menghairankan kami.

Tak lama lepas tu, ntah bila masanya muncul pulak Satria hitam, saya namakan WTY. Yang ni memang tak bleh blah. Sekajap bawak perlahan, sekejap bawak laju. Sekejap cucuk-cucuk kami, tapi bila bagi laluan, taknak lalu plak. Memang sangat tertekan. Saya tekan sampai 140 pun, dia ikut jugak, bila saya bawak slow, dia kat kanan plak ter-break break.

Memang rasa tension, tapi rasa macam dalam novel plak. Macam dalam movie pun ada. Saya dah pening dengan kereta ni. Last-last CBM yang tah cemaner tertinggal kat belakang tu, datang. Terus saya bagi laluan, CBM cucuk WTY, WTY masuk tepi, saya ikut belakang CBM. Wah.. dah macam cerita Tokyo Drift nih! HAHA.

Nasib baik, baru WTY yang tiba-tiba dah jadi depan saya balik tu nak break break, saya nampak Temerloh 500 meter di hadapan. Syukur! Terus hilang secara tiba-tiba dari pandangan diorang! Padan muka.

Bila saya check balik, hari ni saya memandu 1 jam 15 minit dari tol Gombak. Uh uh uh.. saya janji tak buat lagi! Gitu gaya saya bawak dengan road tax mati tu!

Regards,

~Ha~