Tags

Minggu ni, kawan-kawan saya deliver hadiah pada semua birthday girl. ~walaupun sudah belated.. jadilah dari takde!

Saya telah mendapat hadiah sebuah gitar. Yeay!!😀 Memang dah lama teringin, tapi selalu fikir macam tak ada masa nak belajar main, jadi asyik tangguhkan niat nak beli. Sekarang orang dah hadiah, maka terpaksalah belajar. HAHA. Bukan terpaksa. Memaksa diri secara rela sebenarnya.

Oh.. jangan risau, saya bukannya nak pergi belajar dengan bersungguh-sungguh, seterusnya pergi menjadi artis dan membuat show di mana-mana. Malah, mungkin tak dipertontonkan pun di khalayak ramai pun. Cukuplah saya kata, saya suka muzik. Titik.

Saya juga dihadiahkan a few gitar accessories, which saya agak clueless pertama kali membuka hadiah berkenaan. Maaf, walaupun pernah saya katakan yang  saya sangat berminat memiliki dan bermain gitar, tapi saya tak pernah sekali pun sempat pergi belajar atau mengambil tahu tentang alat berkenaan. Jadi, perkara-perkara seperti plektrum, tali pemegang gitar, chord dan ntah apa-apa lagi tu memang saya tak pernah dengar. Ni pun, saya pergi google sebentar tadi. Jadi bila saya dapat plektrum dan tali pemegang gitar, saya macam nak cakap, “Apa ke bendanya benda alah nih??”

Nasib baik saya diam-diam dulu. Akhirnya tau lah jugak, tu pun setelah dengar kawan-kawan saya ni bercakap-cakap. Manalah saya tau nama benda tu dipanggil plektrum. Dan manalah saya pernah tengok plektrum yang siap ada rantai kecil dan tulisan-tulisan kat dalamnya. Yang saya pernah tengok dalam tv pun, it’s very plain and simple. Tali tu lagi lah.. kalau tak di pasang kat gitar, mana lah saya tahu itu tali nak pegang gitar. Dah lah warna pink. Hampir-hampir saya ingatkan itu tali ikat buku. Uh uh uh..

Okay lah.. esok nak pergi tune gitar. Tune pun saya tak paham apa. Tapi ia seperti nak membetulkan tali dan bunyi gitar tu. Oh.. lupa nak cakap, saya dapat gitar klasik. Oleh sebab saya kidal, rasa macam nak pergi tukar tali. Tapi ramai kawan saya nasihatkan jangan. Kata mereka, susah nak cari guru yang boleh mengajar left handed. Lagipun, kalau dah start belajar kidal, semua jenis gitar saya lain saya kena belajar kidal. Baik mulakan belajar dengan tangan kanan. Haish.. susah jugak tuh! Lagipun, saya bukan nak pergi belajar sampai jadi profesional! Belajar pun dengan kawan-kawan je. Iskh iskh iskh..

~tadi saya google lagi.. baru saya perasan, kawan-kawan saya panggil plektrum tu, pick!

Regards,

~Ha~