Setelah 4 hari bercuti.. hari ini saya kembali semula ke Temerloh!

Kehidupan dimulakan dengan rasa riang sebab dah bercuti 4 hari. Lagi pun, sampai pun lewat pulak tu. Jadi haruslah gembira! HAHA.😀

Tapi, bila kena stay back sampai pukul 9 ni, hati yang riang tadi dah tak berapa nak riang dah. Uh uh uh.. Ni kalau sampai hujung minggu ni asyik camni je, memang tak riang langsung lah nampaknya. Nasib lah minggu ni 3 hari je bekerja. Weekend pun dapat balik, so kira okay lah. ~Sebenarnya bos tak cakap ape-ape pun, tapi telah membuat justifikasi sendiri. HEHE.

Apa lagi nak cerita kat korang huh? Takdelah nampaknya. Sungguh boring pulak menunggu time balik ni. Perut pun lapar, dah start main lagu keroncong. Orang sebelah tengah layan Juvana kat you tube. Yang sorang lagi dok solve issue ape tah.

Yang sebenarnya.. tengah tunggu Kak Mas habis jumpa user. Dasyat betul perbincangan diorang nih, sampai pukul 9 malam tak sudah-sudah lagi. Ia sesuatu yang sungguh hebat! Gigih betul user-user ni. Maklumlah, tak lama lagi nak LIVE. Dah nak buang air besar sangat-sangat dah, barulah kita korek lubang, ye tak?

Okeylah, Kak Mas dah balik. Mari kita pegi makan, dan balik rumah tidur!


Regards,

~Ha~