Begitu seronok saya menghabiskan broad band usage dengan menonton movie korea, sehingga telah hampir sampai ke limit. Cis! Nampaknya kenalah berjimat cermat selepas ini!

Saya tonton 2 cerita korea di you tube. Mari cerita secara lebih kurang. (harap-harap tak cerita dengan panjang lebar sehingga kamu semua bosan!)

100 Days with Mr. Arrogant

Ye saya tau.. cerita ini memang cerita yang sangat lama. Tapi, saya baru tengok. Jadi tetap nak cerita!

Cerita tentang Ha-Young (eh.. nama macam saya lah..),  seorang budak sekolah menengah telah secara terpaksanya menandatangani perjanjian membayar ganti rugi kepada seorang student kolej, Hyung Joon, kerana telah menyebabkan Hyung-Joon kemalangan dan kereta Lexus Hyung-Joon tercalar. ~bapak banyak duit budak kolej nih pakai kereta Lexus 430?

Walaupun ada sedikit penipuan dari Hyung-Joon, sebab dia claim banyak sangat nak kena bayar, tapi oleh sebab dah sign agreement, dan sedikit tipu-helah Hyung-Joon, Ha-Young terpaksa ikutkan jugaklah. Dipendekkan cerita, jadilah Ha-Young hamba suruhan kepada Hyung-Joon selama 100 hari.

Bila dah abih 100 hari, kedua-dua pun suka each other, tapi disebabkan satu incident, mak Ha-Young tak bagi Hyung-Joon jumpa budak sekolah ni lagi. ~eh, penat lah aku nak aku nk sebut nama diorang ni. Sebut budak sekolah dengan budak kolej jelah.

Jadi kalau tak pernah tengok lagi cerita ni, silalah pergi ke you tube, atau terus pegi download cerita nih! ~HAHA. Sebenarnya saya dah malas nak tulis sinopsis cerita nih. Tak bleh lari, kalau cerita sampai ending, mesti akan tulis dengan panjang lebar! Uh uh uh..

A Moment To Remember

Cerita ni tersangatlah sweet dan sedihnya. Touching tapi boring jugak. Arrghh.. tension kalau cerita sedih sangat nih. Okay.. mungkin sedih pada saya kot.

Cerita pasal Kim Su-Jin, fashion designer meeting Choi Chul-Soo, a construction foreman and falling in love. Lepas tu they get married. Everything went okay and happy until Su-Jin had been diagnosed Alzheimer, which she will lost her memory slowly until she cannot recognize herself.

So dah bleh agaklah kan betapa sedihnya cerita nih. Standard cerita korea! Akhirnya, Su-Jin decide nak tinggalkan Chul-Soo, sebab taknak menyusahkan Chul-Soo lagi.

Kalau nak tau kesudahan cerita tu, ~sebab time Su-Jin tinggalkan Chul-Soo tu bukan ending lagi, seperti biasa pergilah cari dan tengok sendiri. HEHE.😀

Ni saya ade bekalkan trailer movie nih!

Regards,

~Ha~