Saya dah berada di kampung halaman, alangkah indahnya dapat meng-qada masa-masa tidur yang tertinggal di Temerloh!

Dapatlah juga saya keluar dari Temerloh tu, setelah bekerja 19 hari tanpa henti! Dan dalam 19 hari tu, saya diselubungi macam-macam emosi.

Tertekan

Uh uh uh.. kadang-kadang, bekerja dengan kawan-kawan ni pun boleh menjadi suatu cabaran yang besar. Terutamanya kawan-kawan yang tak boleh perasan kau memang tengah stress gila dan asyik nak main-main! Maka, kau pun berada dalam situasi dilema. Kalau kau tak memberi tekanan kepada dia, maka kaulah sendiri yang akan tertekan.

Excited

Hari tu, saya dapat masuk Operation Room, sebab nak ajar user guna sistem. Uh uh uh.. ni first time masuk OT! Nampaklah patient tu kena bedah kat perut. Dan nampak gaous yang ada darah disusun kat lantai.

Happy

Bila user tatau guna sistem, dan saya pun pergi tolong, perkara paling best adalah user tu appriciate kehadiran kau. Tapi kalau user tak buat cakap terima kasih pun, saya tetap tak rasa apa-apa. Sebab dah set mind saya datang untuk bekerja, bukan untuk dihargai. Lagipun, susah juga nak meletakkan harapan yang tinggi pada doktor-doktor ni. Banyak kali dah kena, diorang ni selalu rasa diorang lebih baik dari orang lain. Dan itu lebih baik dari diorang dok mengomel sistem ni lagi menyusahkan hidup diorang. Uh uh uh..

Rimas

Kalau user ni mintak perkara yang bukan-bukan. Seperti, kalau saya masuk je sistem, saya nak ini ini jadi default screen. Atau dari screen ini, saya pergi screen lain.. saya nak ada button back. Bayangkan kalau 2000 user kat hospital tu nak default screen, programmer pun bleh jadi gila dibuatnya. Mintak tu satu hal. Buat saya jadi lagi pening kalau saya explain tak boleh pun, diorang tetap taknak terima. Nak juga enhancement tu. Uh uh uh.. Kenapa diorang bleh je terima Maybank2U tu takde butang back, tapi tak boleh untuk sistem ni? uh uh uh..

Penat

Ada satu hari tu, waktu saya kat Emergency, kes Yellow masuk banyak gila. Sampai tak cukup katil. Sampai ada patient duduk kat kerusi je. Dan saya terpaksa create lebih banyak virtual bed dalam sistem. Dan tiba-tiba satu specimen printer tak berfungsi. Dan tiba-tiba juga banyak komputer tak boleh view imej x-ray. Dan bila call untuk bantuan, semua pun tak jawab sebab tengah busy. Mula-mula tu, rasa frustrated sangat sebab macam tak boleh tolong nak buat apa. Kalau saya boleh masuk printer server tu, dan tau nak buat apa, dah tentu saya buat sendiri. Nasib baik akhirnya ada sorang kawan datang tolong. He saved my day! Balik kerja pun pukul 9 malam. Exhauted betul hari tu!

Geram

Bila user asyik tukar-tukar dataset. Kejap nak macam ni. Kejap nak macam tu. Eh pastu dia nak tukar lagi. Ewah-ewah, kau ingat aku takde keje lain, keje aku asyik nak tukar-tukar ko punya appointment slot aje?

Okaylah.. kalau nak cerita banyak je lagi. Tapi rasanya yang tu pun dah cukup dah nak menggambarkan perasaan saya kat sini.

Dah lama tak letak gambar. Jom letak sesuatu.. (me and the team)

Regards,

~Ha~