Sungguh.. hari ni memang terpenat dalam semua hari di Temerloh. Walaupun hari ni tak berjaga sampai 24 jam, seperti suatu hari yang lalu.. tapi hari ini, saya telah mencurahkan seluruh tenaga dan kesabaran kepada sebuah tanggungjawab!

Hari ini saya cover floor emergency. Pagi dimulai dengan sedikit tenang. Tapi menjelang tengahari, kaadaan menjadi huru hara. Entah kenapa, Yellow Zone dipenuhi ramai pesakit. Sampai tak cukup-cukup katil. Computer dan notebook lagi lah tak cukup. Tak cukup tu, satu label printer buat hal. X-ray pulak tetiba tak boleh view. Dan asyik kedengaran suara doktor-doktor memanggil saya bantu diorang menggunakan sistem. bleerrrggghhh…

Ya Tuhan, dari pintu depan, sampai ke bahagian dalam terpaksa saya cover seorang diri. Kadang-kadang rasa macam lemah lutut nak berdiri. Kadang-kadang rasa macam nak menangis geram bila panggil technical nak betulkan printer dari pagi sampai petang tak datang-datang.

Tapi bukan saya saja yang penat. Kami satu team mengalami kesulitan yang sama di lokasi masing-masing. Sibuk dan hiruk pikuk pesakit di pagi Isnin, bukan sesuatu yang luar biasa sebenarnya. Klinik Pakar juga hura hara pagi ni. Kawan-kawan saya juga terpaksa cover klinik yang banyak seorang diri. Ada tu, mengandung 8 bulan lagi. Keadaan kami memang menyayat hati!

Tapi apa daya kami. Sebanyak mana kami penat dan frustrated dengan penginayaan ini, kami juga tak akan berlepas tangan membiarkan user terkapai-kapai seorang diri. Jadi kami gagahkan diri membantu sebanyak yang termampu.

Harap-harap, esok tiada lagi peristiwa tak seronok berlaku macam tadi. Harap-harap pesakit akan tenang-tenang dan user pula akan cepat pandai guna sistem. Harap-harap tiada orang atau benda yang membuat onar esok. Harap-harap, semuanya baik baik saja!

Hati, tabahlah menghadapi tanggungjawab ni.

Regards,

~Ha~