Rasa macam nak makan roti bakar pagi ni, tapi Kak Mas ni pun, taknak bangun-bangun pulak dia. Nak gerak sorang-sorang ke town rasa cam malas la plak.

Sepatutnya saya bercuti dan berehat hari ni. Sepatutnya mengikut jadual saya sudah pulang ke KL hari ni. ~okay, kalau ikut jadual, saya sepatutnya bercuti semalam dan bertugas hari ni, tapi semalam saya tak pulang ke KL dan bekerja, so technically saya sepatutnya mendapat cuti hari ni.

Tapi kenapa hati ni asyik nak pergi hospital saja. Apsal hati ni asyik risau tak tentu pasal saja. Macam ada saja yang perlu di buat di sana. Pagi tadi memang ada masalah pun, tapi kalau saya datang pun masalah tetap tak akan selesai. Yang diperlukan adalah seorang technical aka programmer.

Programmer ni pun satu hal. Hantarlah lebih skit. Macam dulu-dulu. Ini hantar sorang. Manalah orang tu dah macam tak serupa orang. Dah macam walking zombie. Kerja lebih 24 jam.

Dan kawan-kawan saya ni pun satu hal lagi. Ikut jadual bertugas dari 7 pagi – 7 malam. Fine kalau terlambat skit. Tapi kalau pukul 10 pagi baru nak bertolak KL, hisshh.. malas nak cakap banyak. Setiap kali nak datang Temerloh pun macam tu lah.Tengok sekarang siapa nak tolong tengok masalah kat hospital tu. Tu belum lagi cerita training diorang nak buat tu. Ntah siapa lah nak handle. Padahal diorang tu semua on the way lagi.

Tengok, saya pulak dah membebel-bebel tak tentu pasal. Itulah dia. Kalau hati dah risau, mula lah macam-macam benda nak buat saya bengang. Enough Ha, u’r going to get hypertension, heart attack, and if u still keep with this attitude, pretty sure u will end up in psychiatric ward!

So marilah kita menenangkan diri. I already decided that I’m going to work. That’s it!!

Regards,

~Ha~