The desire to tell about my life over come the urgency of my eyes to sleep. This emotion feel so heavy deep inside my heart, and I really need somebody to lend their ears for me. But since I can’t get any ears, here you are, reading my bubbling about my not-so-perfect life. HAHA.

Okay, tiba-tiba mood nak bercakap dalam bahasa melayu pula. Saya tak peduli apa kamu semua nak kata. Ini blog saya. Suka hati saya lah nak tulis apa. Itu dia, mood swing saya sudah datang. Tapi ini lebih baik dari dulu, mengamuk-mengamuk dan marah-marah tak tentu pasal.

Jadi ini semua tentulah berpunca dari kerja. What so great about my job.. that I can’t let it go, although I know the consequences. Ntahlah.. susah juga saya nak jawab soalan tu. If this job is touchering me too much, why not I just let it go. Perhaps, I should find another job that is more relax and enjoyable. ~Relax and enjoyable? What job it is? now I’m scratching my head..

Currently, we are in a stage of try to ‘LIVE’ the system. Memang penat betul kerja-kerja menghidupkan sesuatu benda yg bukan hidup. Bukan suatu kerja yang main-main. Itu belum dikira menghadapi manusia yang akan menggunakan benda bukan hidup itu juga. Dan kerana mereka itu manusia, maka perlu bear in your mind, saya jugak perlu berhadapan dengan perangai mereka yang macam manusia, biar siapa pun mereka. Doktor pun tahu marah juga. Dan kadang-kadang doktor pun hilang pertimbangan juga. Seperti mana doktor pun boleh jadi pesakit psychiatric juga.

Mari mula dengan kerja. Termasuk hari ini, kami memegang rekod pencacai yang berjaya dengan rekod 13 hari bekerja tanpa cuti, termasuk bekerja pada hari buruh. Erm.. buruh apa agaknya ya, yang tidak mendapat cuti pada hari buruh? Oleh kerana bekerja di hospital, bekerja lebih dari 12 jam itu adalah perkara biasa, terutamanya pada hari-hari menjelang LIVE. Jadi bersedialah untuk tidur 3 jam saja sehari, ataupun mungkin terpaksa bekerja 24 jam.

Hari pertama mungkin okay. Hari kedua, sudah pening-pening lalat. Hari ketiga, saya sudah tak mampu memproses perkara-perkara yang rumit. Kalau kamu tanya saya jawab. Tapi kalau kamu tanya atau buat perkara pelik, saya akan anggap ia sesuatu perkara yang biasa, dan membiarkan ianya berlalu pergi seperti angin lalu. Malah, pada sesetengah kes, saya mungkin tak akan perasan kamu berdiri di hadapan saya, atau bercakap dengan saya.

Berhadapan dengan user pun banyak juga kerenahnya. Sehingga pada suatu tahap, saya pun terfikir kalau lah system ini memberi begitu banyak masalah kepada user, biar sajalah mereka meneruskan cara kerja mereka secara manual. Untuk apa system kalau ia sesuatu yang menyusahkan? Kenapa perlu kita ganggu kebahagiaan dan ketenangan hidup mereka, untuk sesuatu yang mereka tak mahu?

Baiklah, saya kelihatan emosi di sini.

Bukan semua user begitu. Banyak yang baik-baik dengan saya. Walaupun nampaknya mereka kelihatan muda untuk saya. ~aik.. ke manakah arah perbincangan kita nih? Ha, sila pulang ke pangkal jalan! Banyak yang appreciate dengan wujudnya sistem. Sistem wujud bukan untuk menyusahkan. Ia datang untuk membantu. ~Eh.. saya kelihatan seperti sedang berkempen.. err? Tapi jangan lah sebab sistem, kamu lupa patient kat sebelah kamu. Begitu seronok pulak dah nak mengadap komputer. Kamu buat saya betul-betul pening kepala! Uh uh uh..

Dan saya pun ada konflik dengan diri sendiri. Saya penat betul nak bekerja sampai tak berhenti-henti. Tapi saya kasihan bila doktor pening kepala tak reti nak clerking patient notes dalam system. Saya rasa dah tak larat sangat nak berjalan ke ward, ke emergency, ke labour room, ke NICU dan tempat-tempat kritikal dalam hospital. Tapi saya pun tak sampai hati juga biar nurses dan MA pening kepala macam nak manage patient supaya tidaklah terlupa nak beri patient makan ubat, atau order diet untuk patient dan macam-macam lagi. Dan paling penting, saya kasihan dengan patient, sudah lah sakit, penat pula menanti diri dilayani, sebab semua orang masih terkial-kial nak menggunakan sistem. Yang sakit boleh jadi bertambah-tambah sakit! Tapi saya juga perlu rehat dan cuti. Saya juga rindu pada semua perkara di KL, rumah saya, bilik saya, kawan-kawan saya, dan segalanya!

Emosi ini, harapnya dapatlah saya kawal. Ia bukan sesuatu yang baru. Saya pernah mengalaminya. Saya sudah kenal siapa ‘ia’. Sudah tiba masanya saya kawal ‘ia’ pula!

I rule by my mind, not my heart!

Regards,

~Ha~