Sebenarnya.. dah balik KL. Tapi kita cerita saja aktiviti di Penang hari tu.

Saya balik dari jumpa Garfield pukul 1 pagi. Pukul 10 pagi saya masuk Penang balik, kali ini bersama family pulak. Tempat pertama yang dituju adalah barzaar yang jual buat pala dan jeruk-jeruk tu. Komtar dan jumpa, tapi saya tak jumpa pulak plaza tu. 2 kali pusing Komtar, last sekali, tanya encik polis. Terus jumpa!

komtar.. the first direction yg di cari..

Lepas jalan membeli belah jeruk-jeruk dan tudung (tiba-tiba je ade agenda shopping.. uh uh uh), kitorang lunch kat area tu. Memang worst, sedih betul, buat air pun tak sedap. Uh uh uh.. Tulah, dah ajak diorang pegi nasi kandar Line Clear tak nak. Padahal, kedai tu kat area-area tu je.

the street at the barzaar..

Pastu misi mencari masjid. Ntah kenapa, tetiba la plak tak nampak masjid (padahalnya, lepas tu jumpa banyak je jumpa masjid). Akhirnya, jumpa satu kat area Datuk Kramat. HAHA. Korang ingat kat KL je ke ade Dato Keramat. Penang pun ada tau!

Lepas tu, bawak diorang ni semua pegi jalan Padang Kota Lama pulak. Sayangnya, kedai makan tutup pulak hari Ahad. Tak paham betul konsep diorang ni. Patutnya, weekend la buka kedai, pelancong banyak, kan? Tapi dapat la melawat-lawat kat Fort Cornwallis.

Lepas tu, pegi Penang Port sekejap, tengok feri dan bot-bot yang bersidai kat situ. Eh.. bersidai ke?


the family at penang port

Atas nasihat Garfield, sebab saya nak sangat makan laksa Penang, kitorang bergerak pulak ke Batu Feringgi. Dah jumpa dah kedai tepi jalan on the way ke Batu Feringgi, tapi ingat nak cari yang betul-betul kat Pantai Batu Feringgi. Takde la pulak. So on the way back, baru singgah gerai laksa penang.


Mission accomplish!

Balik, stuck kat highway 2 jam, sebab ada lori beras terbalik. Aduhai! 7km, 2 jam perjalanan. Uh uh uh..

*sila tgk last entry, baru upload gambar!

Regards,

~Ha~