So, I already in Penang.. yeaayy!!

Sampai semalam, dan aktiviti pertama adalah berjumpa Garfield. Tapi ia merupakan suatu peristiwa yang sungguh tragis!  (T_T)

Sebenarnya, walaupun pernah bersekolah dan bekerja di Penang, saya tak tahu jalan-jalan di sini. Sebabnya, pertama, itu adalah 6 tahun yang lepas, so jalan-jalan di sini memang dah banyaaakkkk sangat berubah. Kedua, sebab saya bukannya memandu pun waktu tu. Saya cuma pengguna pengangkutan awam. Jadi haruslah tak tahun selok belok jalan kat sini.

Berpandukan instruction Garfield melalui telefon, saya pun dengan penuh keyakinan bergerak masuk ke Pulau Pinang, dengan tujuan berjumpa di Tesco. Garfield cakap, ikut George Town dan susur kiri. Tapi bila nak keluar dari Penang bridge, saya dah confuse nak susur kiri atau susur kanan. Kiri pergi ke Bayan Lepas, kanan ke George Town. Susur kiri ke George Town??

Akhirnya saya ambil susur kiri, dan akhirnya sampai ke mana-mana ntah.. Kawasan Perindustrian kot. So buat U turn, dan menuju ke George Town pulak. Walaupun tak confident, speed harus lebih 90km/h okayyy. Akhirnya berjumpalah dengan Tesco, tapi masa tu saya ada kat lane tengah. Apakah?? So terlepas lagi. Bleerrgghhh.. mengada sangat kan. Tatau jalan tapi nak bawak laju-laju.

U turn sekali lagi, dan berhenti kat Shell. Rupanya tak boleh masuk Tesco dari highway, so kena lalu jalan dalam. Nasib baik ada ibu beranak dua yang sangat baik hati, sudi tolong saya, so saya follow motor dia sampai ke Tesco.

Mission half accomplish. Tapi bila tengok-tengok handphone, uh.. off terus sebab bateri kong. Berlari plak saya ke kedai handphone, mintak tolong diorg charge hp. Sekali lagi bernasib baik jumpa 2 guys yang sangat baik hati. Saya nak bayar pun diorang cakap tak payah. ~mungkin juga sebab ayat saya yang sangat kasihan. “Tolong saya charge hp, saya sesat dan bateri hp dah kong.”

Setelah hampir setengah jam charge, baru dapat call Garfield. Dan lepas 1 jam, barulah saya jumpa Garfield. Dan saya terus cakap nak pegi Batu Feringgi. Walaupun jammed, kami gagah dan gigih pergi ke sana. Bila sampai, bukannya nak jalan-jalan sangat, terus saja mencari kedai makan. So kami try satu kedai arab. Not bad!

er.. blur plak..

last but not least.. the food..

Habis makan, Garfield beli 2 keping cd, dan kami terus pulang. On the way back, sempat lagi belajar jalan Penang, sebab nak bawak family jalan-jalan pulak esok. HAHA. Macam hebat-hebat je belajar jalan Penang dalam masa 1 jam.

Thanks a lot Niza, ko tolong aku banyak!

Okay, cerita tak habis lagi, tapi kita sambung esok sajalah. Until then.. daa!

Regards,

~Ha~