Office Mission

Sebelum cerita pasal Penang, kita cerita my last mission, menjadi polite dan comel. Eh?? HAHA. Tak tak. To be kind and polite girl. And the result.. mission incomplete! Huhu. Saya tak nak cakap failed. Failed tu hanya kalau saya mengaku kalah. Saya mahu cuba lagi.

Tapi ada beberapa benda yang saya find out. Eh kenapa saya asyik cakap bercampur-campur je nih? Guna sajalah bahasa Melayu. Atau bahasa Inggeris.

Saya rasa, kalau nak jadi orang yang baik dan sopan ni, I need a little ignorance. Bukan terus tak ambil tahu, cuma tak perlu sibuk sangat nak ambil tahu dan ambil peduli. Sebab bila saya ambil tahu, saya akan mula nak ambil peduli, dan seterusnya mula sibuk nak memberi respon. Dan respon-respon saya kadang-kadang berupa kemarahan dan bebelan. HAHA.😀

Kedua, saya kena belajar menjadi kurang responsif. No spinal reflex! Oleh sebab sifat semulajadi saya yang suka nak memberi respon dengan cepat inilah, saya dah terlepas memberi kata-kata sinikal kat orang kelmarin! HAHA. Yang penting, fikir dulu sebelum cakap!

Sabar. Sebenarnya, point-point yang saya nak cakap ni berkait lah antara satu sama lain. Tak kisah lah. Yang penting, saya perlu banyak bersabar!

 

Penang Mission

Esok saya nak pergi Penang. Melawat mak, adik dan keluarga baru dalam family saya. Saya baru dapat anak saudara lelaki. Nanti kita tengok gambar dia pada entry yang akan datang.

Dalam pada yang sama, saya nak berjalan-jalan di Penang. Jadi  Garfield, jumpa anda di sana ya!

 

Korea Mission

Setelah melihat gambar-gambar Garfield, saya rasa teruja nak membuat persediaan ke Korea. Mungkin sebuah buku dahulu!😉

 

Regards,

~Ha~