Tags

Bertemu kita kembali dalam rancangan… ~eh ape aku merepek nih!

Anyway, hari ni saya nak cerita pasal trip Kinabalu tempoh hari. Ia merupakan seuatu trip sungguh men-stres-kan! Terutamanya pada saya yang mempunyai stamina naik gunung yang sangat lemah!

beg saya yang warna biru tu!

Saya dan kawan-kawan bertolak ke Sabah pada hari Khamis. Pertama kali berjumpa dengan semua ahli rombongan, ia suatu pengalaman yang.. aneh. Sebab dalam diri saya asyik fikir siapakah yang paling weak dalam semua. Kalau saya, maka habislah saya ditinggalkan nanti!

Bila dalam flight, saya duduk pula dengan ahli rombongan yang tidak dikenali. Seorang lelaki berambut panjang, seorang lagi mamat tinggi lampai. Dari sewaktu check in lagi saya sudah usha perangai-perangai mereka, dan saya sudah mula rasa kami mesti “lambat panas”. Muka diorang ni macam tak ‘warm’ je. Jadi jalan selamat adalah cepat-cepat menidurkan diri. Bila semua dah tertidur, cepat-cepat saya usha seat sebelah kawan-kawan saya. Nasib baik seat sebelah Mar kosong. Terus pindah tanpa pikir 18 kali!

Sampai di Sabah, kami stay di town KK. Esok paginya, sebelum Subuh kami dah bertolak menuju ke kaki gunung. Selepas sarapan, kami pun start mendaki. Seperti yang saya duga, sayalah yang paling lambat. Perasaan? Mesti lah sedih dow. Terasa sangat loser. Tapi hidup mesti diteruskan. HAHA. Apakah aku merepek nih!

tetap ceria walaupun kena bgn pagi2 buta!

Kesimpulannya, kalau kau nak naik gunung, or even buat apa-apa aktiviti pun, haruslah kau jangan nak ikutkan orang sangat. You are not competing with the others, but you are competing with yourself. Yang penting, never give up! Maka berjalanlah saya seorang diri meneruskan perjuangan. Cuma saya paling lemah bila guide-guide tu berjalan bersama-sama dengan saya. Sebab saya rasa sangat terbeban kalau ada orang menunggu saya.

Alhamdulillah, saya sampai pukul 3.30 petang, setengah jam awal dari target Via Feratta. Tapi saya memang pancit habis. Kata guide, saya kurang tenaga. Mungkin betul kot, sebab saya memang kehilangan selera makan sejak beberapa hari sebelum tu lagi.

Kami duduk di Pendant Hut. Selepas briefing Via Feratta, kami solat (jamak Zuhur-Asar), makan malam dan solat balik (Maghrib-Isyak). Jadi pukul 7.50 petang, kami semua dah bersiap nak tidur. HAHA. Sungguh awal, sampai memang saya tak boleh nak tidur. Akhirnya, pukul 8.30 malam baru saya dapat tidur.

Setiap saat kami berdoa cuaca akan baik-baik saja. Tapi sayang, pukul berapa tah, hujan selebat-lebatnya, sampai kebanyakkan kami terjaga. Sejuk memang tak payah cerita lah! Macam nak pengsan rasanya. Saya pula dan hampir setiap 10 minit asyik terbangun dan check jam. Takut terbangun lambat, sebab kami perlu bangun pukul 1, dan start mendaki balik pukul 2 pagi.

Bila mendaki pukul 2 pagi, belum pun sampai di pintu gate Gunting Lagadan, saya sudah kepenatan. Dan seperti biasa, dalam group kami, saya keterbelakang lagi. Tak mengapalah. Apa boleh buat, itu saja kemampuan saya. Kemudian guide bagi saya option, sama ada mahu naik sampai ke pucak, atau berhenti di check point terakhir dan tunggu aktiviti Via Feratta saja. Ohh.. saya benci option. Saya mahu buat semua!

Ini nasihat saya, terutama kepada kamu-kamu yang tahu apa yang kamu mahu. Guide sangat memberi impak yang besar dalam pendakian kamu. Jadi, kalau kamu dapat guide yang tidak membantu, kamu akan membuat banyak keputusan yang kamu tak rela. Jadi hati-hati dan jauhi guide yang semacam ini. ~Eh, kamu fahamkah apa yang saya cakapkan ni??

Kesimpulannya, saya berhenti di Sayat-Sayat (check point terakhir), dan menunggu pukul 8 pagi untuk acara Via Feratta. Malangnya, hujan pukul 6 lebih, yang menyebabkan waterfall di puncak. Jadi kamu boleh agak ceritanya. Kami tak berjaya buat Via Feratta, walaupun beberapa rundingan dan rusuhan aman cuba dilakukan. ~Last-last, dua2 aku melepas!

wajah kecewa..

kecewa.. sampai telefon2 mak di kampung..

kalau lah kamu nampak waterfall di dalam gambar ni!

Turun dengan hati yang dirundung kesedihan, ahli rombongan cuba melakukan macam-macam sabotaj, sampai merisaukan hati ejen trip. Pada saya, walaupun kecewa, tapi tidaklah sampai marah-marah. Sebab saya selalu ingat ayat “Kun fayakun”.  Tapi saya tentulah boleh faham perasaan kawan-kawan saya.

Malam tu, kami bermalam di kaki gunung, dan bagi saya tempat tu memang tak best langsung! HUHU.😦

 

Esoknya, kami pergi tengok bunga Reflesia, dan mandi-manda di Waterfall dan Hot Spring. Bagi saya, ini lebih kepada aktiviti merelaxkan diri, walaupun macam kelihatan wierd saja sebab selepas kami kesejukan di kaki gunung, kemudian pergi mandi waterfall pula. Tapi tak kisah lah!


Hari terakhir, kami pergi bermain water rafting di Kiulu River. Kalau compare dengan Padas River, tentulah tak terbanding sebab ini cuma level 1-2 saja. Tapi kalau di kira cantik, tempat ini memang sangat cantik! Nasib baik aktiviti ini menggembirakan semua orang, maka ia seperti mengubat hati sedih terhadap Via Feratta. Tapi pada saya pula, ini aktiviti yang agak simple, sampai ada ketika saya sempat merasa bosan semasa dalam bot. Nyarislah penat mendaki tu masih tak hilang, jadi saya memang tak berapa cergas kalau nak ber-aktiviti lasak.

cantikkan..

ahli rombongan yang ceria..

 

Sebenarnya, ini kali kedua saya pergi. Tak dapat tak, saya memang asyik membuat perbandingan saja dulu dan sekarang. Dari segi keselesaan, kemudahan dan keteraturan, saya lebih sukakan yang kali pertama dulu. Penginapan bagus, makan bagus, jadual pun bagus, malah penjelasan tentang aktiviti juga bagus.

Tapi kalau dikira dari stamina, kali ini stamina saya lebih baik dari dulu. Dulu saya sampai Labanrata pukul 5 petang, kali ini pukul 3.30 petang. Dulu saya sampai di Sayat-Sayat pukul 7 pagi, kali ini pukul 4.50 pagi saya sudah sampai di sana. Kali ini, saya mampu mengambil masa 3 jam saja untuk turun hingga ke kaki gunung, padahal dulu sayalah orang paling weak dan merungut-rungut sebab terpaksa turun dengan laju dan bersaing dengan kawan-kawan.

 

Dan saya rasa, trip kali ini agak kurang menggembirakan.

 

Sekian laporan saya untuk Trip Kinabalu kali ini.😉

Regards,

~Ha~