Tags
I’m a bit disappointed with myself, as I can’t update my blog frequently. But here I am again, trying harder to update all in one. Uhhh..
So let’s start with Kinabalu Training!
Kinabalu Training Part 2, 3, 4 & 5
Itu dia! Terpaksa meng-serangkaikan cerita training ini. Saya pun dah lupa yang mana dulu. Rasanya mendaki Gunung Angsi dulu. Oh.. ia adalah sesuatu yang sangat memeritkan. Saya hampir didatangi dengan bermacam penyakit sewaktu mendaki. Letih, penat, sakit perut, mengantuk, pucat, nak muntah dan entah bermacam symptom lagi. Sudah lah buang masa hampir sejam jungle tracking sebelum mendaki. Tiba-tiba jumpa trail yang mencuram pulak. Memang macam nak pengsan!
Keesokkan harinya, kami pergi bermain wall climbing. Ia sesuatu yang.. mengkonpiuskan. Aktiviti wall climbing ini bukan aktiviti macam berjoging, berlari sampai penat, heart beat meningkat secara mendadak dan membuatkan anda termengah-mengah. Ia sesuatu yang relax, tapi selepas memanjat 2-3 kali, anda mengalami perpeluhan yang sangat dasyat! Uhh.. memang menghairankan!
Minggu seterusnya, saya mendaki ke Gunung Datuk. Saya pernah daki dua tahun lepas. Saya masih ingat lagi trail-nya, jadi agak kurang ter-psycho di situ. Masih ingat di mana saya termengah macam nak pengsan, selekoh dan batu besar. Bila boleh membuat comparison, saya rasa prestasi saya lebih baik dari 2 tahun lepas. Tapi saya masih tak pasti, prestasi itu sesuai untuk target Via Feratta.
Aktiviti Santai Bersama Kawan-kawan
Biasalah, bila sudah berkumpul, banyaklah aktiviti yang nak dilakukan. Aktiviti membakar lemak, dan aktiviti menambah lemak. HAHA.
Ini lagi malas nak ikut turutan. Jadi tengok sajalah ye.
Oh.. nampaknya saya terpaksa hentikan dulu update ini, sebab sudah hampir pukul 12 malam. Perlu tidur awal, sebab esok akan bekerja.
Until then.. see yaa!!
Regards,
~Ha~
ha..bestnye aktiviti..nanti kalau ada aktiviti bersantai2, makan di putrajaya bleh le aku join..tapi kalau naik2 bukit, gunung, wall tak yah le..heheh
bleh bleh.. nnt kalo ade aktiviti yg bersesuaian, aku jemput ko join!